Wednesday, December 29, 2010

I am Sterdam

Salam  :)


Hari tu pergi Amsterdam. From 19 December 2010 to 22 December 2010. Kami berempat ni pergi naik crusie. Style tak? Haha. Semuanya sebab saya takut kalo naik flight nanti stranded. Kami embark dari port Newcastle upon Tyne. Naik train lah dari Leeds ke sana. Dalam nak pergi ke port tu pun macam2 cabaran dah kami lalui. Yelah. Sampai train station, kami amek tram Metro lak ke North Shield. 

Dah sampai North Shield, ingatkan teroslah sampai port kan, rupanya tak. Sampai kat town die dulu. Tengok google Maps, amik masa 30 minit nak jalan kaki ke port. Haiyooooo…Pening dah kepala. Ok. Naik teksi la pergi port. Tapi sebab orang teksi tu ckp tah ape2, tengok2 die salah faham dengan ape kitorang cakap and die anta kitorang ke North Shield Factory Outlet. Like seriously?? Ok. Kitorang sesat lagi. Nasib baik time tu baru pukul 12 pm lebih. Check in kapal pukul 2.30 pm. Sempat lagi kot. So, kitorang  Tanya orang keliling macam mana nak pergi port. Dua tiga orang kami Tanya, semua tunjuk arah lain2. Pening lagi. Tekadlah terus nak call teksi. Tapi teksi tamo amek kami sebab die kata dari factory outlet tu just amek masa 5 mins walking ke port. Ahaha. Pening lagi. Berpusing lah kitorang mengangkut beg ke sana ke sini. Nasib baik ada jumpe satu geng lelaki pakai life saver jaket Port of Tyne, so kami Tanya dia. And die pon bagi lah direction yang sepatutnye tepatlah. Kami pun berjalan menuju sana. Nasib baik jumpa!! Happy sangat. Sebab kami dah almost patah berjalan, tangan dah lebam tarik beg. Bahu dah tergeliat bawak camera bag.


Tang tang sampai ni memang kagum la tengok cruise. Oooohhh. Besarnya. Jakun gilee. Memang la kan. Paling besar kapal penah naik pun kapal/ feri gi Langkawi je nun. Hehe. Nak naik kapal, adalah imegresen segala. Check passport semua. Alhamdulillah semuanya ok je.




kapal nama Princess of Norway yang kami naik



*     *     *


Amsterdam: the city of sins


Patutlah pun orang ckp camtu, banyak betul benda yang illegal kat tempat lain adalah 'halal' di amsterdam. huhuhu Antaranya;



1. Adalah 'halal' untuk melakukan protistution. hoyeah. Sebab itulah wujudnya kawasan yang bergelar Red Light District. Tempat ni adalah hot spot bagi mereka yang mahukan hiburan 'halal' itu dengan tanpa rasa bersalah. Eksploitasi perempuan sangat obvious dekat sini kerana mereka menjual badan mereka dengan berpakaian seksi di sebalik box cermin di hadapan kedai. Ala-ala barang pameran gitu. Ironicnya, ada lah pulak terselit satu kedai makanan halal kat sini kan. Haiyoo




*edited version*

Area Red Light District 



2. Adalah halal juga untuk menikmati cannabis, magic mushroom dan yg seangkatan dengannya. Haha. Kalau ada yang tak paham, benda alah ni semua dadah. Tapi mana bole kan hisap dadah. Benda jahat tu. Tapi kat sini mcm2 jenis jual. Ckp je nk ape. Teh cannabis? Cannabis biscuits? Magic mushroom trifle? Haha. Just name it!



3. Rasa2, kalau semua nya pun dah halal and legal, ape je yang illegal kat sini kan. Semua yang orang kata jahat adalah baik kat sini. Sampaikan iphone ulil hilang pun macam pasrah je  Taktau nak cari kat mane dah. Harapkan orang baik jumpa pun mcm tipis gila harapan. Huhu



Tapi, tapi kan......

Amsterdam ni city yang lawa lah.For me at least. hehe. Ramai sungguh orang. And paling mengujakan. Ramai gile naik basikal. Ade tempat ni penuh dgn basikal (dekat central station sebelah Hotel kami; Hotel Ibis). Scenery semua of coz cantik even dalam timbunan salji. hehe

Let's have a look;



Penuh dgn basikal

Lagi lah banyak basikal lagi

Hotel kami: Hotel Ibis

My partners-in-crime (the Leedos)














wanna see more? here here

Till then. Sehingga kakiku berjalan lagi

Regards
efi

one of the sungai di Amsterdam. (serious byk jambatan kat sini) haha


Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding. Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire.

Tidak Engkau ciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.

(Ali 'Imran 3;190-191)

Posted by Picasa

5 comments:

hardisk said...

wah well written. rase macam nak g amsterdam balik :p

p/s i love you

eyfie said...

huhu. tq. eh, dah x segan ke nak ckp tu kat public?
:p

Leng Chai said...

haha pi ke red light district tu?

Effy Saiful said...

haha 'prostitution halal'

oxymoron sungguh ;p

byk sungguh cabaran korg masa nak pegi.. hope it's worth it! ;)

eyfie said...

@ lengchai: rahsia kami la pegi ke x. hahahaha

@ effy: worth it la jugak. drp bosan dok umah je kannn hehehe. dah abes exam kan effy. tahniah!!

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts