Wednesday, April 28, 2010

cerita mengarut

salam

rase mcm nk mengarut.sori blog. nobody wants to hear me. only you.

ade satu hari ni
saya dengar kawan saya cerita die baru clash dgn bf dia
bf die mcm x rs diorg bole bersama
so kawan saya ni frust sgt la
die baik2 orangnye, alim jugak lah
then, tup tup exbf die ade pulak hbgn dgn orang baru
bg kawan sy ni
orang baru tu x bagus untuk exbf die
die kate die kesian kat exbf die sbb buat pilihan yg salah
mungkin kawan sy nk kate "pilihlah die" kot
baru tu pilihan yang betul
entah
saya ikut je
then.
die tgk exbf die mcm mule bkwn dgn org2 biase
org2 biase ni mksudnye biasa dri segi agama la
x pakai kopiah serban kain segala
untuk sy
sy tgk mcm ok je
bia la die nk kwn dgn spe kan
tp die x rse bagus
die rse exbf die tu mcm meninggalkan kwn2 baik die
n pergi ke kwn yg biase ni
untuk kawan saya ni
perbuatan tu adalah perbuatan yg buruk
die tgk orang baru dgn exbf die tu bwk influence buruk
sy pun angguk je la
then
die kate die ptt buat ssuatu
demi kawan kate die
demi saudara seagama
die patut tegur
saya kata kite jgn cmpur hal org
nmpk dri luaran je tu
ntah2 die xde pn buat bukan2
tp kawan saya ni kate
die kenal sangat exbf die tu
sy pn x pasti ap yg die kenal
sy ikut jugak la
then,
die pergi message exbf die
tnye kabar dulu
then masuk2 sikit ayat agama
tegur slow2 kata perbuatan die skrg da mkin buruk
ptt balik ke pangkal jalan
jgn bt hbgn dgn ppuan
x elok
lg2 kalo maenkan ppuan
lg x elok
saya setuju
kawan saya ni pn ckp la
orang baru dgn exbf die ni x sesuai
die terus terang je kate
orang baru ni bukan yang terbaik untuk exbf die
die sayang exbf die ni sbg kawan je
xde perasaan
so nak la exbf die dpt yg terbaik nnt
sume2 la
dah lame2 sikit
saya tanya la
ape niat kawan saya ni tegur exbf die
ikhlas ke nk exbf jd baik je
then die jawab
sebenarnye die masih ada perasaan kat exbf die
die xnk exbf die pergi kat org lain
die still rase exbf die ni ptt pilih die
die yg rase diri die ni adalah yg terbaik utk exbf die
tp die sedapkan hati
mungkin die perlu gadaikan perasaan utk balik je jalanNya
maknanya kawan saya ni masih menaruh harapan la
kesian dia

tapi
ada tapi
tapi

apa yang saya nampak
kawan saya ni makin galak contact dgn exbf die ni
sume bnde nak cite kat ex bf die
dari sekecik2 masalah ke sebesar2 masalah
saya pelik
eh
bukan die ke suro exbf die jage hbgn dgn ppuan bla bla
tp die sndri mcm bt hbgn 'kawan tp mesra' dgn exbf die

risau sy tgk
yg org baru tu x marah ke exbf die ni cntct2 mesra2 dgn kawan saya ni
mungkin die xtau kot
kalau la die tau maunye nanges saya rase
kemesraan mereka ni boleh salah sangka jugak ni
boleh buat gado
perang mungkin kan meletus

tapi saya senyap je la
saya nk tgk lg ape jd lps ni
kite tunggu je
ape kesudahannya

p/s: saya risau dgn kawan saya ni. taknak kawan saya ni dikatakan perampas pulak. terhegeh2 dkt exbf die. dah lah die ni baik2. kesian die nnt.

Tuesday, April 27, 2010

Telepati @ telepathy


Ape tu?

Definition skema: the ostensible transfer of information or feelings between individuals by means other than the five senses.

Definition saya: Situasi yang berlaku apabila satu orang ni boleh baca fikiran orang lain. Biasanya kalau orang tu sangat rapat macam mak and anak, perkara ni selalu berlaku.

Contoh: Mak teringat kat anak die. Then, anak die pun teringat mak die. And anak die call mak die. Or vice-versa. Pernah berlaku tak?

Kalau saya. Ye. Selalu berlaku antara mak saya dan saya. Dan mak saya yang ajar pasal benda ni. Hehe. And sekarang saya ada telepati dengan orang baru. Tapi orang baru ni tak percaya walaupun da banyak benda yang membuktikan. Takpe. Kita tengok je ye.

Regards,
efi

p/s: awak, guess what i want to eat after this?

Monday, April 26, 2010

Azam Baru



Saya ada azam baru (walaupun tahun baru dah lama berakhir)

Saya nak makan secara SIHAT dan masak secara SIHAT

11 Kelso Road. Jangan marah ye kalau saya masak pelik-pelik.

Haha.

Second Week Term 3 Medicine



Salam


Baru second week, dah macam banyak gila kerja.

2 work sessions per week, one dissection, SSC, classes byk sgt3, histo, study past syllabus, self-directed learning terlebih byk kene belajar sndiri.etc............ (titik byk2 ada makna k)

Semoga dipermudahkan. Even tho almost tension. tapi nasib baik tak sangat. Huhu

Ouh. btw. xnak jadi macam di bawah


Orang mati sebab kerja banyak sangat

Moral of the story: jangan kerja sampai tak ingat dunia. (and akhirat)

regards,
efi xx

Friday, April 23, 2010

AGM LUMSOC

Salam

Hari ini LUMSOC telah mengadakan Annual General Meetingnya. Selain pemberian ucapan, pembentangan minit-minit mesyuarat yang lepas dsb, pelantikan jawatan baru juga diadakan.

Tahniah kepada mereka yang memegang jawatan untuk sesi 2010/2011. Good luck korang. All the best

Regards,
efi yang masih belum menyertai mana-mana society

Tuesday, April 20, 2010

Status?


Cincin TLOTR


Owh.btw

I am officially NOT single and NOT available. I'm taken by you-know-who-you-are. Happy.

Regards,
efi

Hi School Bye Holidays

Salam.

Today was the first day the school opened.Sigh.

Where are you 'mood'?

I feel so lazy.

Don't feel like studying slides.

Long hours of class. Sleepy.

I want to study. But the rate of absorption is too low. Duh.

God help me.

Results are coming out this Wednesday. Nervous.

Lecturer is too slow.

Tomorrow.Hoping for a better day.


efi, xx

Saturday, April 17, 2010

Kota Al-Hambra (Granada)




Fountain faymes al-hambra

Salam

Kota Al-hambra sangat besar dan cantik. Memang berbaloi membayar 13 euros. Untuk betul-betul menikmati Kota Al-Hambra ni, diperlukan sekurang-kurangnya satu hari jugak la. Approx 5-6 jam. Sangat-sangat besar. Kota ni actually terbahagi kepada 3 bahagian. Al-Cazaba, An-Nasrid dan GeneralLife. Untuk Al-Cazaba (Pertahanan), boleh tengok kemegahan tembok kota ni. Dengan tower nye yang sangat tinggi, boleh bayangkan macam mana orang dulu berperang. Macam dalam game. Dengan archeries kat tembok. Haha. Tapi disebabkan Kota Al-Hambra yang dahulunya kepunyaan orang Islam kemudian telah ditawan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabel, kat puncak bangunan ni ada satu monument peringatan untuk diorang je. Tapi monument peringatan untuk orang Islam takde pun.

Bahagian Nasrid pulak ialah bahagian yang paling famous untuk Kota Al-Hambra ni. Kalau tengok video-video Al-Hambra, yang ada air pancut dengan singa tu..haa.. ada kat bahagian ni lah. Namenye the courtyard of lions. Yang uniknya pasal air pancut ni ialah, bila masuknya waktu solat, mulut singa-singa ni akan keluarkan air untuk bagi orang amik air sembahyang. Mengikut cakap-cakap orang, katanya, air pancut ni ikut timer jam matahari. Orang bukan Islam ramai yang tertarik dengan cara air pancut ni berfungsi sehinggakan diorang telah pun mengorek air pancut ni untuk tengok cara die berfungsi, tapi malangnya, sampai sekarang pun diorang tak tau cane air pancut ni beroperasi. Bijak kan orang Islam? Dalam An-Nasrid ni jugak, setiap dinding, tembok dan segalanya ada tertulis “LaGhalibu Illallah” yang membawa maksud tiada yang berkuasa melainkan Allah. Ayat ni ada die setiap sudut, setiap bahagian daripada bawah sampai ke ceiling! Begitulah hebatnya kecintaan pemerintah pada masa itu pada Allah sehinggakan walaupun beliau telah berjaya membina kota se-gah ni pun, beliau masih rasa tawaduk dan mengakui bahawa kekuasaannya takdelah semegah mana jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah itu sendiri.

Kata-kata "La ghalibu ilallah"

Dalam bahagian General Life pulak, yang paling best, ada banyak sangat pokok oren! Pokok oren berlambak-lambak sampai setiap kali kitorang tengok pokok je, keinginan untuk panjat pokok and amik oren tu sangat meluap-luap! Haha. Kelakar kan. Ni lah namanya orang Jakun. Yes. Memang Jakun. Kat kawasan General Life ni actually penuh dengan garden dengan orchard. Banyak bunga, pokok, fountain, ukiran2, memang sangat cantik. Beribu-ribu gambar lah kirenya boleh diamik kat kawasan ni je. Sebab memang cantik.

Pastu, pasal cuaca. Memang best! Time kitorang datang la. Sebab panas terik tapi suhu tak tinggi sangat. Dalam 22-23 Celcius je. Best kan. Saya especially sangat bahagia sebab serik dengan suhu UK yang sejuk je lah memanjang even tho dah spring season. Hehe. Suke nye dekat cuaca Spain. Then pasal bahasa, better hafal je lah ayat-ayat penting macam “berapa harga?” aka “Quento?”. Camtulah sebab berguna sangat.Lagi better kalau hafal sekali ayat macam mana nak mintak diskaun! And penting gak macam mana nak tau makanan tu halal ke x. Ni sangat berguna time nak beli aiskrim. Hehe.

Dalam Al-Hambra, dinasihatkan pakai sport shoes sebab banyak sangat berjalan. And curi masuk makanan banyak-banyak sikit dalam beg. Sebab nanti lapar susah. Curi-curi makan lah nanti dalam tu. Nasib baik jugak dalam kota ni banyak water cooler. So, air memang xde masalah sangat. Macam kitorang bergantung hidup dengan kacang je. Memang lapar. Balik tu, terus bantai kebab. Aha. Granada banyak makanan halal. Especially kat bahagian Al-Baycinth. So, xde masalah sangat. Sedap je pun. Kebab tetap rasa kebab. Burger tetap rasa burger. Bezanya, meal die xde chips je. Haha.

Oklah. Setakat ni je untuk Al-Hambra. Special kot. Sebab tempat ni best sangat. Tu dapat post best. Hehe.

Regards,
efi

Cordoba

Salam Cordoba,
I love Cordoba. Kenape? Haha. I don’t know. It feels nearer to my heart. Di Cordoba kami tinggal di Anil Backpackers. Murah and cantik. Yes. Betol…Name je tempat backpackers tapi cantik tempat die. Maybe sebab kitorg dtg ramai2 kan, so, tempat die sume untuk kitorang la. Maybe kalo datang berdua atau bertiga tak elok sangat kot. Sebab kene bercampur tidur katil dua tingkat and toilet.



Daripada tempat kitorang tinggal tu, nak pergi Masjid Cordoba 5 minit je jalan kaki. Dekat gila. Saya dulu bayangkan Masjid Cordoba tu macam best and macam betul-betul masjid la. Tapi bila saya sampai tempat tu, saya pelik dengan sign board die…Die tulis “Mezquita-Cathedral de Cordoba”. Dalam hati saya fikir, ni betul ke Masjid Cordoba yang dalam buku sejarah? Kenape sekarang jadi Cathedral lak? Then dalam hati, saya cakap maybe Masjid Cordoba yang lain kot yang buku sejarah tu cite. So, saya tanya gak la orang-orang local and buat research kat internet. Rupanya assumption saya salah. Memang Masjid and Cathedral Cordoba adalah bangunan yang sama! Uuuuuu…Kat sini saya betul-betul sedih la. Takut nye kalau benda ni jadi kat Malaysia jugak. Even saya ni tak de la kuat sangat dengan agama, tapi saya still sayang agama saya. Tak suka la bila rumah ibadat ditukar-tukar. Kami bayar 8 Euros untuk masuk sini. Dapatlah tengok the famous “horse-shoe arch” of Mezquite de Cordoba. Menarik. Sejarah die pun menarik. Dan dalam dia..memang gelap and penuh dengan patung-patung and gambar-gambar berunsur Christian. Rasa menakutkan. Kami juga diingatkan supaya tidak bersolat dalam bangunan ni bile tengok kami semua Islam. Ok. Tapi orang Christian le lak sembahyang. Cis. Memang tidak adil. Huhu.
horshoe-arch mezquita-cathedral de cordoba

christiannye patung dalam tempat ni
Depan Mezquite-Cathedral de Cordoba ade Roman Bridge yang menyeberangi River Guadalquiver. Banyak anginnnnn! Huhu. Tengok air die kaler hijau and deras rase macam teringin sangat-sangat nak terjun. Ops. Tapi tulah. Memang rasa nak terjun. Nasib baik tembok die tinggi. Malas pulak nak panjat. So tak jadilah.
Keesokannya di Cordoba, kami pergi ke Medina Az-Zahra. Actually tempat ni adalah tapak arkeologi je. So, memang nampak lah tapak-tapak and bekas-bekas bangunan Medina Az-Zahra. Ade information centre jugak kat sini. Modern sangat. Mungkin baru jugak tempat nii dibina. Toilet die first class la. Hoho. Setiap tempat saya gi toilet kot. Ok. Sambung balik. Medina Az-Zahra ni adalah Kota utama atau bandar utama di Cordoba jugak. Ada kediaman khalifah, headquarters dan etc. Tempat ni dibina oleh Khalifah Abdul al-Rahman III ketika beliau dinobatkan menjadi khalifah pada 929 M. Nama Az-Zahra ni actually name isteri beliau. Ah. Sweetnye. Banyak kesenian Islam dapat dilihat kat tapak arkeologi ni. Memang cantik. Kena pergi ok. Nak masuk sini kene bayar 1.50 Euros and bas die kene bayar 2.10 Euros. Overall 3.60 Euros la.


tapak arkeologi medina az-zahra
Kat Cordoba, banyak sangat kedai souvenir kat are-area tempt kitorang duduk. Tapi mahal sikit lah. Still, Granada memang lagi murah. Huhu. Beli ala kadar je. Setakat cukupkan syarat. Hehe. Kalau bernasib baik, memang dapat lah yang murah.
Ok. Inilah dia Cordoba. Sekian.
Regards,
efi

Seville

Salam,

Seville disebut sebagai “se-viyya” sebab bile ade due “l’, ianya diganti sebagai “y”. Cool kan? Hehe. Saya suka lah bahasa Spanish. Senang jugak la nak faham sebenarnya. Ok. Di Seville, kami tinggal di Ole Backpackers. Tempat die murah, cantik and ok la jugak. Kalo nk kasi rating 7/10 ok la kot. Rendah sikit sebab die kate ade internet, tapi sebenarnye takde pun. And busuk sikit la bilik die. Cam hapak sikit sebab kurang tingkap. Huhu. Ni dari sudut pandangan perempuan la. Kalo laki rasenye dah cukup terbaek dah kot. Haha. Kat sini pun jumpe gak some budak Manchester lelaki. Kenal la. Tapi tak sempat nak temu bual.
Bandar Seville ni cantik! Lebih maju jika nak dibandingkan dengan Granada. Tapi kawasan sini memang penuh la dengan bangunan yang penuh ukiran Christian. Macam kat UK jugak lah feeling die bile tengok bangunan-bangunan sini. Lupa lak nak cakap..Seville ni ialah ibu kota Andalusia ye.

Ha..kitorang sempat singgah shopping centre ni. Die macam flee market tapi semua jual syiling, poskad and barang-barang antik. Duit Malaysia yang zaman dulu kala pun ada jual kat sini! Menarik la market ni. Tapi saya x beli ape-apelah. Tak minat. Souvenir sini pun agak mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan Granada and Cordoba. Nasib baik dah sempat shopping banyak jugak dekat Granada. Bayangkan satu fridge magnet kat Granada baru 1.50 Euros tapi kat Seville, majoritinya 2.50-3.00 Euros. Taklehh tawar lak tu. Memang mahal. Kat Correls Ireland pun fridge magnet boleh dapat 3 dengan hanya 5 Euros. Huhu.

Yang famous kat sini ialah Cathedral of Seville and Giraldar. Cathedral of Seville ni dikatakan sedang bertanding dengan Cathedral St Peter’s di Rome dan St Paul’s di London sebagai Cathedral terbesar di dunia. Dan ianya juga dikatakan sebagai cathedral terbesar dari segi volume di dunia. Bile tengok dalam die memang sangat dahsyat la. I mean. REALLY. Sangat dahsyat! Patung-patung sangat besar. Dalam die sangat besar and gelap. Tengok di bawah!





Giraldar dekat sebelah je Cathedral of Seville. Giraldar ni is actually a minaret; menara orang azan tapi bila orang Kristian mengambil alih, die menukar menara itu menjadi bell tower. 70 meter daripada ketinggian menara itu dibina oleh orang Islam and orang Kristian menambah ketinggiannya menjadi 94 meter. Kami membayar 2 Euros untuk memanjat sehingga ke atas menara itu (34 ramps telah kami lalui untuk tujuan ini. Semput!). Setelah tiba di atas menara itu, view memang cantiklah. Boleh lah nampak segala ceruk Seville ni and stadium Matador pun boleh nampak (Matador ni bull fighting). Tapi pada masa yang sama, baru kami sedar yang duit yang kami bayar tu digunakan untuk membina Cathedral baru (baru perasan ianya tertulis di belakang tiket). Sedih ke x? Mestilah sedih. Dahlah tapak Cathedral of Seville tu bekas masjid Seville. Diorang robohkan and buat Cathedral. Minaret pun buat bell tower. Then duit masuk minaret lak digunakan untuk buat cathedral baru. Geram sangat rase. Jadi, untuk yang terbace tulisan saya ni, mungkin perlu difikirkan jugak perlu ke tak masuk tempat ni after this.

Kat Seville ni, kami masuk jugak Real Al-Cazar. Haa..nilah kota orang Kristian yang meniru sebijik-bijik kota Al-Hambra. Boleh nampak jelas kot. Dari segi ukiran, reka bentuk, kebun oren, lion2, sume ade kat sini gak. Tapi sini kecik sikit la daripada kota Al-Hambra. Tapi ukiran “La ghalibu illallah” tu die x tiru pulak. Die ganti dengan ukiran ape tah. Nampak cam ayat Quran gak tapi xle bace. So, cacat di situ ok. Cantulah jelesnye orang Kristian dulu, nampak kota Al-Hambra cambest gile, die pun nak tiru gak.

Selain itu, di Seville juga kami pergi ke Plaza de Espana. “Plaza” dalam bahasa Inggeris ialah sebuah square. Plaza de Espana yang berbentuk hemisfera ni cantik jugak. Dia ada pavillion yang menceritakan segala province yang ada di Spain berserta sejarahnya. Kat sini pun ramai jual Abanicos. Ape tu? Abanicos ialah kipas tangan je. Name je nak sedap. Haha. Untuk saya biase je kipas ni, tapi tah. Tengok google, abanicos ni ialah top 3 souvenir-must-buy. Tapi saya x beli pon. X minat. Hisy. Nak buat ape kipas tangan banyak2? Haha. Sebelah plaza ni ialah Plaza de America. Tapi x gi pon sbb kaki nak patah dah berjalan.

Sebabkan hari time tu panas, best je beli aiskrim! Haha. Ni pengalaman paling menarik untuk saya. Heaven nya rasa. Dah lame tak rase panas sambil makan aiskrim. Dok UK dok asyik kene minum hot choc jee..Haha.

Petang tu kami berjalan di River de Guadalquiver. River ni penting kat Seville sebab die membahagikan antara kawasan Seville and Triana. Alah. Penting dari segi geografi je. Untuk lain tu mcam tak signifikan sangat. Ada cruise kat sini. Banyak duit boleh lah naik. River ni besar and panjang sebab sampai Cordoba pun jumpa river ni lagi. Dahsyat kan?

OK. Tu je kot untuk Seville. See you again in Cordoba pulak.

Regards,
efi

Granada

Salam

Sekarang sedang dalam perjalanan ke Granada. Antara yang dahsyatnya pasal Granada ni ialah jalan dia. Ok. Sebab kitorg road trip, so, pandai komen pasal jalan dia je lah kan. Haha. Orang sini selain daripada suka sangat HON, diorang suka bawak kereta laju-laju. Dahlah jalan sangat sempit. Takde signboard yang proper. Ada garmin pun macam x berguna sangat. Bayangkan lah. Sangat scary. Sangat2. Alhamdulillah semuanya selamat.

Tapi perjalanan ke Granada ni agak berbaloi bila dah sampai ke sini. Kitorang duduk dalam Albaycinth city; banglo 10 bilik kat almost puncak bukit Granada. Memang rumah ni betuk-betul kat tengah city Granada. Kota Al-Hambra pun boleh tengok dari atas ni. Cantik sangat!! Ah. Tu je la setakat ni yang membuatkan perjalanan ke Granada ni berbaloi.




katil





dapur





tempat makan




aaaaa..terbalik lak. ni toilet




lampu


Selain tu, Plaza St Nicholas pun hanya sekangkang kera je dari banglo kitorang. Dalam 2 minit perjalanan kot? Hehe..Plaza St Nicholas ni tempat ape? Tengok internet! :P Saya pun x sure sangat apa significant nye. Yang saya tau, dia sentiasa ada ramai orang. Majority pelancong la. Semua dengan kamera yang besar-besar and mahal-mahal of course. Memang sangat bergaya tempat ni. Hoho. Sebab apa orang ramai kat sini? Sebab die berdepan dengan Kota Al-Hambra, boleh nampak overall view je dari pandangan atas.

Mosque of Granada pun sebelah je dari St Nicholas plaza @ Miraldar de Alhambra. Masjid ni ialah masjid first dibina selepas kejatuhan Islam pada abad ke14 di tangan orang Kristian. Cantik eventho boleh considered kecik la. Beli 1 euro teh dapat free cawan. Haha. Kami pun sempat sembahyang jumaat kat sini and makan free after tu setelah dijemput oleh Makcik Maryam. Orang Spanish yang boleh cakap English dan beragama Islam. Dapat lah rasa makanan Spain gak. Cous cous. Wek. Macam nasi hancur. Tapi saya tak suka. Akhirnya saya makan pisang dan roti jugak. Haha.

Satu lagi, SOUVENIR. Sangat banyak kedai souvenir. Yang cantik2 dan tak de lah murah sangat. Tapi tulah, bila jalan dengan perempuan je..Nafsu membeli tu mmg tinggi je lah sentiasa kan. Jalan 5 minit, berhenti beli. Jalan lagi 5 minit, masuk kedai lain lak. Senang kata, kat satu jalan tu, almost semua kedai boleh kate dah masuk. Haha. Lawak kan.

Tu lah dia journey di Granada. Hebat. Penuh dengan informasi. (Sebab semua orang dah diberi tugasan ikut tempat, so info2 pasal tempat semua dapat discover la)

Sekian.
Regards,


efi (8&9 April 2010)

Thursday, April 15, 2010

You Are The Only Exception

There is a girl. She falls in love with a person. She tries to give her best to love him with her full heart. But the thing is the guy never really knew that she loves him. She is confused whether she wants to “keep her straight face” or gone to find the “love never last” in her heart.

She question herself…does it “ever worth a risk?” Traumatized with her parent divorce, her life in family ruin, living without real smile makes her even more scared. She still confused to her own feels. She loves him, and actually dream about this guy every night, and in the dream, he will gone early in the morning…And she confuse why do he always in her heart? And it confuse her that this kind of feel “leave her with a proof it is not a dream”.

And lastly she says, maybe “you are the only exception for time”.

Paramore

Tuesday, April 13, 2010

Painkiller

I think I need a painkiller. Not the one that heals the physical pain. But the one that heals the heart. Please. Get me a painkiller. My heart is aching.

Regards,
efi

Thursday, April 8, 2010

Spain Part 2


Salam


Sebelum memulakan cerita yang lebih panjang lebih baik saya menerangkan siapa ahli rombongan Cik Kiah ke Spain ni. Jumlah semua ialah 10 orang. 5 dari Leeds, 3 London, 2 Southampton.
Leeds.
1. Saya, Medicine, Uni of Leeds
2. Ainol Suraya, Medicine, Uni of Leeds

3. Raja Nur Faizah, Medicine, Uni of Leeds
4. Shafinaz, Medicine, Uni of Leeds
5. Fatin Syamimy Liana, Chemical Engineering, Uni of Leeds
London
1. Ilham Ainaa, Biotech, King’s College
2. Ami, Biochemistry, UCL
3. Ili, Actuarial Science, LSE
Southampton
1. Farah, Fizik, University of Southampton
2. Kak ji, Chemistry, University of Southampton

Perjalanan dari London ke Madrid mengambil masa 1 jam 30 minit. Sampai Madrid Airport pukul 11.30 pm waktu UK and 12.30 waktu Spain. Kire beze +1 la antara UK and Spain. Disebabkan kitorang sewa kereta, maka kitorang hanya boleh memulakan perjalanan pukul 6 pagi. *Ni dijangkakan je. Maka, termangu-mangulah semua orang menunggu tibanya pagi. Semua amik port masing-masing. Tidur atas kerusi. Saya pilih tidur atas kerusi la. Sakit sangat tengkuk. Last-last tak boleh tidur langsung. (Wah! Peliknya efi tak boleh tidur? Bukan efi tidur dalam semua keadaan ke?) Erm erm. Tu dulu kot. Sekarang ada masalah sikit. Langsung tak boleh tidur. Jadi memang mengantuk la sampai ke pagi. Hoho. Mata panda.
Tunggu punya tunggu, dah pukul 6 pagi! Okay. Gosok gigi, cuci muka, pakai lotion and etc. Owh ye. Sembahyang subuh sekali lah kan. Sempat juga baca Al-Mathurat. Alhamdulillah. ^.^ . Berbalik kepada situasi tadi. Kitorang dapat kereta Mini Cooper and kereta ape tah satu lagi. Dua-dua kecik gila. (Saya tak nak Mini Cooper! Wek.) Macam sardine duduk 5 orang satu kereta. Nasib baik semuanya perempuan. Kecik-kecik lah jugak kan except saya. Macam gajah. Haha. Kutuk diri sendiri. Ilham Ainaa yang bawak kereta yang saya duduk. Mula-mula memang agak nervous lah jugak sebab Ainaa tak biasa bawak manual. (owh ye. Lupe nak mention yang kereta ni manual) Jadi asyik mati enjin je tengah jalan. Saya dah cuak. Bila kat bukit. Saya cuak lagi. Saya rasa memang hilang darah kat muka bila saya cuak-cuak ni. Jadi kesimpulannya, saya duduk je senyap-senyap kat belakang, biar orang lain yang do the work. Kalau tak saya jerit. Farah co-pilot. Jadi dia lah yang paling banyak kena tolong Ainaa. Tarik emergency handbrake especially! 

Sepatutnya kereta Ainaa ni patutnya follow kereta Ami, tapi terlepas. Dah lah kereta Ami je yang ada TomTom. Jadi, memang lama lah kitorang sesat-masat. Of course lah kitorang akan suro kereta Ami yang locate and selamatkan kitorang kan sebab kitorang takde GPS. Banyak habis masa kat sini je lah hari ni. Dalam tengah-tengah tunggu ni, boleh nampak jugak lah kehidupan di Spain ni. Yang saya perasan, orang sini suka HON. Bawak kereta slow sikit HON. Jalan mabuk-mabuk sikit HON. Memang macam Malaysia. Haha. Bandar Madrid ni pulak macam KL. Banyak gila kereta. Banyak gila orang. Banyak gila jalan. Jalan pun berselirat. Pening. Yelah. Dah nama capital city of Spain kan. Dengan sign board bahasa alien. Dengan bila tanya direction kat orang, orang cakap bahasa alien. Dengan orang pandang kitorang pakai tudung macam alien. Memang jiwa alien lah kat sini. Adventurous lah travel tempat alien.
Saya tengah cuak lagi ni. Nanti lah saya tulis lagi. Sekian.

Regards,
efi yang tengah cuak

Wednesday, April 7, 2010

Spain Part 1




Salam


Hari ni tidur rumah Kak Siti kat North Greenwich, London. Kak Siti and family dia dah bertapak kat UK ni sejak 1998 lagi. Bayangkan lah betapa lamanya dia dah duduk UK ni. Memang bestlah. Rasa sangat terpegun dengan orang-orang yang buat family kat sini. Nak jugak! Ahah..Gediknya.

Hari ni kena pergi Charing Cross dari North Greenwich untuk pergi ke rumah salah sorang ahli rombongan Cik Kiah ke Spain ni.Nak sort out bag katanya. Tak kesah lah. Sort lah ape-ape. Saya ikut je. Bayar je berapa yang disuruh and buat je apa yang dikata. Senang kan hidup saya? Saya serious da exhausted kot setelah 2 minggu lebih bercuti and travel seluruh Ireland and UK.

After dah sort out bag, baru nak gerak ke Fulham Broadway untuk pergi naik bas ke Gatwick Airport. Then, barulah leh terbang ke Madrid. What a journey! Uuuuuuuu..penat penat. Harap semuanya berjalan lancar tanpa apa-apa aral melintang. Sedihnya bila rasa tak complete hidup pergi jauh-jauh. Separuh hati macam rasa seronok nak berjalan but the other bigger part rasa sangat sayu sebab terpaksa meninggalkan my other part. Uhuk. Tolonglah efi. Jangan gedik and emo sangat. Sori.

Itu jelah hari ni. Sampai Madrid pukul 3 pagi waktu sana.


Sekian.

Regards,
efi

Jealous


Salam

Saya jealous bila:
  1. Awak bermesra dengan perempuan lain selain saya. Awak tau perempuan senang salah faham kan. Saya xnk orang lain suke awak jugak selain saya.
  2. Awak utamakan kawan awak dulu. Tapi xde la sangat. Ok je.
  3. Awak maen game sampai tak ingat nak wish good night kat saya.
  4. Awak menggedik dengan perempuan lain untuk minta tolong bila saya boleh je tolong. Tapi awak x mintak.
  5. Awak plan nak pergi mana-mana tanpa saya. Gedik kan saya? Nak ikut je pergi mana-mana. Tapi awak tau kan saya memang banyak energy bila travel-travel ni.
Saya rasa semua orang (yeke? haha) mungkin boleh jeles jugak bila awak buat semua ni. Saya normal kan. Saya memang suka jeles. Sori awak.

Awak: You-know-who-you-are

Regards,
efi

Tuesday, April 6, 2010

Cry Me A River



Cry me a river
by Justin Timberlake

Cry dengan kata lainnya ialah menangis dalam bahasa Melayu. Kenapa saya nak buat post pasal menangis? Sebab saya suka gila mengangis. Macam serious seriously suka gila menangis. Tak tau sebab apa saya suka nanges. Tengok-tengok saya dah nanges teresak-esak. Huuu.. Sadis kan saya ni. Kalau buat drama, memang hebat lah. Pelakon air mata yang sangat hebat kot. X sampai 2 saat dah boleh menitik-nitik air mata. Haha. Lawak la pulak bila pikir-pikir balik. Kuat betul saya ni nanges.

Disebabkan saya suka sangat nanges. Saya pun search la google "What happened when you cry too much?" Saya agak cuak la jugak kot kot la kan nanges ni bawak side effect yang buruk pada saya. Kot la nanti boleh buta pulak mata kan. Dah la mata ni dah rabun tahap ape je...Nasib baik ada contact lens. Tak terlarat kot nak pakai spec tebal2. Huhu. Lepas saya klik je butang search, cuba teka apa yang keluar? Result: "How can crying make you healthier?" Waaaaaa....hebat nya. Rupanya tak sia-sia saya menangis setiap hari.

Nak tau tak apa kebaikan die. Meh saya mention satu-satu *rasa bangga ni*.

1. Out 0f 10 yang menangis, 9 akan kata yang menangis ni buat mereka rasa lebih lega. Ia terbukti mampu mengurangkan stress dan menjadikan badan lebih sihat. ^.^

2. Menangis itu free. Available for everyone. No known side effects other than wet tissues, red eyes and runny makeup. Wek. Makeup buruk gila bila menangis. Haha. Dan ia mampu improve mood seseorang seperti mana drug memberi effect kepada seseorang. Ya. Saya pun setuju. Menangis ni macam drug yang sangat best. Bila nanges rasa high gile, syahdu habis. Dah lepas nanges, mesti rasa lega dan mengantuk. Pastu terus tido. Ah. Bestkan nanges?

3. Menangis juga mampu meningkatkan seseorang punya survival advantage. Apakah itu survival advantage? Maksud dia ialah orang-orang yang express perasaan dia dengan menangis ini mampu hidup dengan lebih lama sebenarnya sebab diorang melepaskan segala rembesan kimia yang terbentuk ketika stress dalam air mata diorang. Kalau tak nanges, abeslah terkumpul je dalam badan. Haa..tu la jadi bila makan hati and simpan sorang-sorang..Bahaya. boleh mati kot. (Yeke?)

4. Menangis juga dikatakan mampu mengurangkan kesakitan. Tapi tak banyak research yang dilakukan untuk topik ini. Tapi menurut sebuah article ni, menangis juga mampu trigger physical contact antara orang yang menangis dan orang yang memujuk dan sentuhan ini mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Haha. Saya suka yang ni. Ah. Sweet gila. Wek. Nak gedik.

5. Menangis mempu memberi signal bahawa seseorang itu adalah dalam keadaan stress. Dan signal ini mampu encourage group behaviour dan improve social support. Senang kate, bila menangis, ramai orang akan support orang yang nanges dan silaturrahim mampu terjalin masa ni. Bagus kan? Hehe.


Demikian lah banyaknya khasiat menangis ni. Saya serious x sangka nanges ni bagus. Jadi, saya rasa saya patut teruskan aktiviti ini demi kesihatan saya. Eh. Boleh ke? Tak kesah la. At least saya tak kan rasa susah hati patut nanges ke tak.

Sekian saja dari saya.

Regards,
efi

Buenos Dias : Good Morning




Salam. Buenos Dias!
Pagi ini dengan keadaan yang sangat mamai, saya bersiap-siap untuk mengemas beg dan mandi. After mandi, konon-konon macam malas nak makan breakfast tapi bile tengok ada nasi goreng housemate masak terhidang wangi dengan asap kepul-kepul atas meja, terus rasa lapar. Buat hot choc (macam biasa sebab tak minum nescafee, coffee and tak minat teh), dan amek la sesenduk nasi goreng. Sedap la jugak setelah beberapa hari tak makan nasi. Malas gila nak masak nasi bile takde sape-sape kat rumah. Sape setuju? Sure ramai je. Huhu.
Hari ni kene naik Megabus untuk pergi London. Aaaaa.. Nightmare lama akan berulang. Tah sejak bila tah saya ada motion sickness gedik ni sampai setiap kali naik bas mesti pening and nak muntah. Benci benci benci. Lembik gila saya ni. Bak kata Saffa, “ayam gila ko ni efi”. Thank you Saffa mengingatkan saya pasal ayam. Yes. Makan ayam memang sedap. Tapi saya tak nak gemok macam ayam. Haha. Tak de kene mengena di sini ye. Ni tulis ni pun dalam bas la. Sebab bosan tak tau nak buat ape. Mesti tertanya “Aik, tak pening ke typing dalam bas?”. Owh kurang lah sikit peningnya sebab Ainol Suraya Ismail housemate saya dah bagi saya telan pil mabuk aka pil tidur. Berkesan jugak lah untuk memengsankan saya selama 3 jam tanpa sedar sampai sakit tengkuk dibuatnya. Yelah. Tidur atas bas memang sakit tengkuk kan. Kepala ke kiri ke kanan macam apa je. Nasib baik minah salleh sebelah saya ni tidur tak berdengkur macam orang belakang saya. Orang belakang membantutkan semangat saya tidur. Hoho. Harap saya tidur pun tak berdengkur lah. Wek. Kalau tak mesti menganggu orang lain nak tidur jugak.
Wah. Kalau buat entry lepas ni pasal tidur pun seronok jugak ye. Ok lah. Bila saya dah sampai London saya update lagi ye. Tu pun kalau rajin la nak menulis lagi.

Monday, April 5, 2010

1234 you

Dear you-know-who-you-are,

These are the moments that I surely miss the most when I go abroad. Sorry for going without your fully-hearted bless.

1. I would miss your smell. You know you got your own smell right. I know you will never ever trust me. Wek. Well, it's not that bad okay. As a matter of fact, the smell is very pleasant and addictive. Sniff sniff. Sorry.

2. I would miss studying with you in the library. Well. I know its holidays and it is a no-book-please period but it's not wrong to miss the moments aite? :)

3. I would miss seeing you with your iphone. Certainly it annoys me to see you playing with your phone; checking e-maill, messages, facebook, e-bay, etc, when you are with me but it is fun though to see you doing that. It is endearing.

4. I would miss waking you up in the morning and wishing you good night before I sleep everyday. Yes. I would really really really miss this. I never care and get bored that you never woke up everytime I rang you every morning. Sometimes I pissed off because you are such a sleepyhead. Even worse than me ok (a Snorlax) ! But it's fun to have somebody to mess up with. Haha

5. I would miss walking with you everyday. We walk together like e-v-e-r-y-d-a-y. I would miss that.

This is for now.

I hope you would always remember me in every prayer of yours.

5 : Five

Dah tinggalkan KMB 6 bulan. Rasa rindu. Sob

5 benda yang rindu nak buat lagi:

  1. Lepak. Pergi bilik orang lain. Melepak. Amik makanan DS. Melepak. Tengok movie. Melepak. Pergi bilik TV. Melepak. Order Rasyid. Melepak. Study. Melepak. Balik dari Alamanda. Melepak. Waaaa... rindu nak Melepak lagi.
  2. Habiskan masa kat fitting room Nichii Alamanda. Try sume dress yang ada. Camwhore banyak-banyak. Bagi balik dress tu kat staff dia yang mesti bengang xde satu pun yang kitorang beli.
  3. Amik dinner kat DS. Tengok drama petang-petang kat bilik TV. Dengar orang bising-bising jadi director drama. Ahh..Rindu sume tuh.
  4. Tidur dalam kelas. Almost semua kelas especially kelas Math cikgu Khuzaimi. Mintak maaf lah ye cikgu.
  5. Makan nasi lemak. Ye. Nasi lemak pagi beli kat cafe. Nasi lemak petang beli di Koop. Nasi lemak malam beli dari makcik wakaf. Nasi lemak weekend dekat makcik wakaf jugak. huhu.

Yang pasti rindu dekat orang-orang KMB. Bukan pada IB.

p/s: ajakla adik2 masuk KMB.

She Sings Colours

She sings in glaring colours. In violent colours. Colours of Gore. Colours of today and yesterday. Dreamy Colours. Colours that paint nightmares and barren landscapes. She haunts yesterday’s reefs and ridges with redness. Zakes Mda. The heart of redness.

Mda, 2000.p 312

Hola Hola Spain

Salam
Esok. Panjang langkah saya. Dari Leeds bertolak ke London untuk kejar flight ke Madrid, Spain. Demikian di bawah ialah itinerary penuh perjalanan saya:
Dari Leeds ke London menaiki Megabus:
Megabus Journey information:
Tue 06 April 2010
Leeds, Kirkgate Stand K14 to London, Victoria Coach Station
09:20 Depart Leeds, Kirkgate Stand K14
14:00 Arrive London, Victoria Coach Station
Dari London ke Airport Gatwick menaiki Easybus,
Date: 07/04/2010
Depart: CENTRAL/WEST LONDON Fulham Broadway
Time: 17:55
Date: 07/04/2010
Arrive: GATWICK AIRPORT NORTH Gatwick Apt North
Time: 19:20
Dari London ke Madrid menaiki Ryan Air
From London Gatwick(LGW) to Madrid(MAD)
Wed, 07/April/2010 Flight 5372
Depart LGW at 2105 and arrive MAD at 0020
Perjalanan Balik
Dari Madrid ke London menaiki Ryan Air
From Madrid(MAD) to London Gatwick (LGW)
Wed, 14/April/2010 Flight 5371 Depart MAD at 1925 and arrive LGW at 2035
Dari Airport ke Central London menaiki Easybus
Date: 14/04/2010
Depart: GATWICK AIRPORT NORTH Gatwick Apt North
Time: 22:05
Date: 14/04/2010
Arrive: CENTRAL/WEST LONDON Fulham Broadway
Time: 23:10
Dari London ke Leeds menaiki Megabus (Yay!! Balik rumah)
Megabus Journey information:
Thu 15 April 2010
London, Victoria Coach Station to Leeds, Kirkgate Stand K14
08:00 Depart London, Victoria Coach Station
12:15 Arrive Leeds, Kirkgate Stand K14
Phew. Nak menulis itinerary perjalanan pun dah penat. Belum lagi nak berjalan betul-betul. Doakanlah saya selamat sejahtera je ikut trip rumah saya ni.
Sekian
p/s: tolong packing? Dalam hati rasa serious malas nak jalan lagi. Rasa nak perap badan kat bilik je. Sigh.

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts