Tuesday, August 31, 2010

Kucing beranak?

Salam

Hari tu kucing saya beranak. Nak tengok x?



Nampak tak baby kucing tu? Penuh lagi lendir and darah kat badan die. Si Coklat ni tengah nak beranakkan lagi sekor. Tu die jilat2.




Finally, lahirlah 2 ekor anak kucing comel. Sekor putih, sekor hitam tompok coklat. Comel! 

Hehe

:)

Hate me for who I am



I am not pretty
I am not genius
I am cold
I am clumsy
I am such a jealousy
I am complicated
I am a mess
I am twisty

I am not perfect

Do you hate me for who I am?






T_T

p/s: imy

Regards

Salam Merdeka 53

Salam



Hari ni Malaysia dah menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 dah. So, of course la penuh blog-blog org len pun tulis pasal merdeka-merdeka ni kan. haha. Saya tamo kalah la. Nak tulis gak! Ramai yang berpendapat kita ni masih belum merdeka dan segala. Banyak la pendapat diorg ni pasal apekah makna sebenar kemerdekaan itu sendiri. Bagi saya, btol la tu ape diorg sume tu ckp.

Tapi utk saya pulak, sebab mak saya pun Cikgu Sejarah kan, saya just rasa bersyukur la Malaysia dah tayah berperang and gado-gado dengan orang lain untuk rakyatnya hidup aman and damai. Saya just rase benci j dengan orang-orang mengong yg cube nk huru-harakan negara demi kepentingan diorg sendiri. Yang cube untuk musnahkan kemerdekaan Malaysia dengan kutok-kutok Malaysia sana sini. Haih. Org-org ni tak pikiaq ke?

Dulu sy ingt lagi cite nenek saya camne hidup die time zaman Jepun. Time British memerintah. Macam mana seksanya hidup time dijajah. Terpaksa menjadi hamba kat tanah sendiri. Diseksa, dianiaya sesuka hati. Setakat tembak-tembak pakai senapang bunuh org kat kampung cm hal biase je. Mcm kita maen bunga api time raya. Makanan pun takde. Kalo nasib baik, dapatla mkn ubi kayu. Kalau nk hidup, kne nyorok. Kene pandai lari-lari. Sembunyi-sembunyi. 

Tgk cam skarang. Kite tayah pun buat cmtu. Makan senang je. Hidup pun senang. Ade kipas, air-cond kat umah kalo panas, baju pun byk je pilihan. Nak cri keje pun masih byk lagi peluang. Ape je lah yg kurang kan. Jadi, lg baiklah kalo kite sujud syukur jugak sbb masih lagi sempat nikmati keamanan hidup di negara Malaysia ni.

Regards.

Monday, August 30, 2010

ape laki kene tau pasal perempuan

Salam


Hari ni rase boring. Rasa tak berselera nak tulis benda-benda serius (macamla selame ni tulis dengan serius). Ngahaha. So, tibalah masanya untuk saya merepek dengan  jayanya. Jangan bosan la yek. Dalam mencecah 21 tahun saya hidup kat dunia ni, tak dinafikan hidup saya memang alwiz ditemani dengan laki yang digelar BF. Eheh. Jangan panggil saya poyo ye. Tapi boleh lah kate smenjak sekolah menengah ni, mmg tak penah lagi single. Jadi, banyak la pemerhatian yg saya da buat pasal spesies yang name nye lelaki ni. Pengalaman pun dah banyak jugaklah. haih. Ayat nak poyo je kan. Haha. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnye banyak benda yang laki tak berapa nak faham pasal perempuan ni. Jadi, kepada kaum-kaum Adam, tak kiralah yang single, engaged, married, it's complicated atau in an open relationship, semua dijemput membaca. Bukan ape, penting memahami perempuan ni. Barulah tak pening kepala layan kami-kami yang kononnya kompleks ni. Haha.
Apa Lelaki Kene Tau Pasal Perempuan
1. Perempuan sangat mudah jatuh hati pada lelaki yang amek berat tentang mereka and layan diorg baik-baik. Ni memang tip top ciri-ciri lelaki idaman untuk semua perempuan la. Sape yang tak suka kan bila bosan-bosan tibe-tibe dapat message 'tgh buat ape tu?' then siap bagi nasihat lagi 'jangan lupa nak makan ye'. Even bunyi cam gedik gila, tipula kalau ada yang tak suka and menyampah kalau ada laki yang buat diorang mcm ni. Unless kalau lelaki tu mmg jenis annoying gila and perempuan tu mmg dah blacklist awal-awal. hoho. Tu macam susah la nak applicable dengan fakta ni.

2. Perempuan suke gile ngan suprise. Dari bagi hadiah-hadiah romantik macam bunga, kad ucapan sampailah bagi suprise dengan tibe-tibe datang rumah yang lebih 100 km, perempuan esp macam saye ni mmg sangat terharu lah. Automatic rase diri ni macam disayangi gila and segala masalah gaduh-gaduh hilang macam tu je. Hoho

3. Perempuan sangat benci gila dengan lelaki yang berbaik-baik dengan diorang semata-mata nak tackle kawan baik diorang yang cantik and hot tu. Hello. Kalau gentleman gi truslah direct kat kawan hot tu kan senang. Tak payah kami ni susah-susah nak perasan and tahan perasaan dengan lelaki camni. Huhu

4. You have to know that even dengan satu ucapan 'Hi' dari orang yang kami sukai dah boleh menceriakan kami sepanjang hari. Sounds cliche? hehe. Tapi tu fact kot. Seriously.

5. Kalau sorang perempuan bagi seribu satu alasan kenapa dia tak nak keluar dengan seseorang lelaki tu. Satu je nasihat saya. "Give up je lah". Memang dia dah tak nak tu. Kalau dia nak, memang dia cakap dah dia nak. Biasanya perempuan camni dah ada dah orang yang diorang suka. Tapi kalau nak cuba gak nasib and nak tunggu lagi. Dipersilakan je. Hehe. Bak kata orang, "hati perempuan ni macam kerak nasi. Memang lah keras. Tapi bila dah lalukan dengan air banyak-banyak, lembut jugak nanti."

6. Ni penting. Satu je senyuman daripada lelaki dah mampu mencuit hati kecil seorang perempuan. haha. Ni betul ok. Even kalau lelaki tu tak pernah die suka pun, tapi bila laki tu senyum je (biasanya senyuman ikhlas la) boleh gak mencairkan hati-hati perempuan ni. So, beware ok. Jangan suka-suka senyum dengan sume perempuan tanpa sebab. Boleh salah faham nanti.

7. Kalau seorang perempuan dah suka and jatuh hati pada seorang lelaki, lelaki tu akan alwiz dalam kepala die even time die keluar dengan lelaki lain. Tapi takkan dia nak cakap kan. Ni based on experience gak. Sebab dulu pun penah keluar dengan lelaki lain even dah ade bf (ni time mengong2 ok). Memang tak konsentret langsung dengan laki depan mata tu. Dok dalam kepala pikir psl orang lain. haha. Sorilah incik.

8.Kalau perempuan tu menangis. Makna nya die tengah sedih lah tu. Ni obvious kan? Tapi at the same time dia mengharap sangat lelaki ni memujuk dia or at least bagi kata-kata semangat. Memang terus happy la and tak jadi nanges esp bila laki yang disayangi memujuk dengan lembut. Hehe

9. Kene ingat. Jangan sekali-kali gtau perempuan yang diorang ni tak guna. Ni sangat meruntun jiwa ok. Even kalau tak bermaksud pun tapi ungkapan tu seolah-olah cakap " heh. ko memang tak guna and aku tak perlukan ko. So. ko boleh blah" Ganas tak? haha.

10. Satu je benda yang diharapkan oleh semua perempuan dari seorang laki. Ni applicable tak kira umur, bangsa and kaler kulit. Semua perempuan hanya mengharapkn perasaan disayangi and dicintai sepenuh jiwa oleh seorang lelaki.  Betul tak kawan-kawanku? hehe

Ok.

Banyak dah ni melalut. Penat dah ni perah otak nak senaraikan satu-satu. Selamat berseronok membaca. Harapnya seronok lah ye

p/s: nak sambung buat kuih raya. gatal sungguh tangan nak update blog. haha

Sunday, August 29, 2010

kes sombong

Salam

Tah tetibe teringat. Dulu ramai kata saya sombong. Haha. Saya tak tahu nk cakap ape. Mungkin lah kot. Saya bukannye reti sangat nak borak-borak melalut dengan orang baru kenal. Ape lagi bergosip. Saya tau dengar je. Tak pena nak cakap apa-apa. Nak judge orang whether die couple dengan org yang sesuai ke x pun, saya mcm xde perasaan nak komen. Haha. It's just not me to berborak-borak berjam-jam. Even kalau dalam satu group yang tengah seronok bercerite, of coz saya akan jadi as pendengar yang setia je. Hehe. So, dalam erti kata lain. Paling-paling pun saya akan senyum je. Malas nak cakap-cakap. Apa lagi jerit-jerit. Tak pernah rasanya dalam blok time kat asrama dulu jerit-jerit panggil orang. Huhu. So, somehow, orang ade kate saya sombong sebab tak bercakap-cakap sangat. 

Pastu, kalau ngan laki, bila laki pandang-pandang or panggil-panggil masa ngah jalan-jalan (bukan kat skola ok), of course la kne wat bodo kan. Takkan nak layan. So, lagi sekali orang panggil saya sombong. Bila ada laki ym dok buzz buzz atau msg kat fb, saya lagi skali malas layan kalau tak penting. Oh. Kene sombong lagi. 

Ok lah. Saya sombong lah kot. Tapi kalau orang tu setia ngan saya and memang sincere utk kawan ngn sy without niat yang tak baik. Saya sangat TERHARUUU..!! Saya nak sangat ada kawan-kawan yang sudi bersusah senang dengan saya.

And kepada BFF saya sekarang: Che Izzat, Sue, Saffa, Lyn, kak Yan, Rifqi, Farah Hazirah, Hanis, Izzaty, Nazam, Ulil, Emira, housemate saya, kakak2 usrah and allz. TQ banyak-banyak sebab alwiz ada dengan saya. Hehe. SAYANG KAMU SUMERR. Me ain't sombong kan bila da kenal? :p

Regards


Saturday, August 28, 2010

kuih semperit

Salam

Hari ni buat kuih semperit. Kick-start untuk buat kuih memang kuih ni la setiap tahun. Sebab senang and simple je nak buat. Hehe. Tapi kan. Ade satu kepelikan yang berlaku hari ni. Ade orang kata adik die buat kuih semperit bentuknya cenggini. Yeke?? Lihat gambar di bawah;



Setahu saya kuih ni kuih dahlia. Semperit yang saya buat bentuknya camni:


gambar contoh. amek kat google je

Saya keliru sekarang. Huhu. So, apa pandangan anda semua. Memang kuih semperit ade banyak bentuk ke? Saya ingat ada satu je?

p/s: Sambung buat kuih lagi esok. ;)

If any of you guys want the recipe, here is the link klik mee!

facebook

Salam



Pagi ni bangun-bangun je bukak blog. Then try application baru "Find me on Facebook". Oh. Berfungsi rupanya. Kalau ade yg try pagi tadi. Mesti dapat bukak profile seorang manusia berjantinakan lelaki. Tapi saya obviously bukan lelaki ye. Saya perempuan. So, for the sake of blog, saya pun re-activate balik fb sy. So, siapa yang drop by. Silalah add saya di fb jugak ye. 

Tapi, as usual. Setiap kali bukak fb pun rase sakit hati. Rasa macam berkali-kali ditikam belakang. Rasa ditipu lagi sekali. Rasa sedih. Rasa marah. Rasa macam tak dihargai. Jangan risau. Ada satu je punca yang boleh buat saya rasa camni. Kepada pembaca yang rasa-rasa tak berkenaan, tak perlulah rasa apa-apa ye. Hehe. Tapi nak buat camne. Saya pasrah. Saya tak redha sangat tapi pasrah. Ada beza ye antara redha and pasrah. Bukan saya boleh kawal sesiapa pun. Bukan saya boleh arahkan sesiapa pun sama ada seseorang tu perlu layan saya dengan baik or tak. 

Apa-apa pun. Saya hanya perlu berdoa and tawakal. Semoga saya akan jumpa jugak insan terbaik yang mampu hilangkan rasa-rasa jahat tadi tu. Amin. 

Last but not least, quote for the day;

"We choose those we like; with those we love, we have no say in the matter."
  ~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960

Regards

p/s: tgh bersungguh nak buat kuih raye ni. 

Friday, August 27, 2010

happy birthday to u. Thank u lah!

Salam


Hari ni dapat bonus hari jadi 7 hari free SMS and Call to nombor-nombor 8pax. Hehe. Tapi hari ni bukan hari jadi ku? Panjang ceritanya. Actually, no yang saya gune ni pun bukan no saye. Saya tuka ngan orang lain. Suke hati je kan. Ngahaha. And no orang yg saya tuka ni pun bukan daftar atas name and IC die. Kire atas name orang lain la. So, ni kire birthday orang lain la. Kepada Syahir KMB, even saya kurang mengenali anda. Saya nak ucapkan selamat hari jadi. Thank you banyak-banyak sebab sudi memurahkan rezeki anda kepada orang sekeliling. Hehe. Selamat dah prepaid ku untuk seminggu. Alhamdulillah. 

p/s: Ade 4 lagi kosong utk 8pax ni. Tgh pikir spe lg nk isi. Best gk klo le borak-borak sampai pagi. Hehe

Thursday, August 26, 2010

Edisi Mencari Jodoh

Salam,


Browse sana, browse sini. Terjumpa notes di fb yang agak menarik. Sebab gelenyah sangat kot. Tak kisah lah. Hehe. Teruskan membaca ok.

10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.



Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang atau selesa bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Mimpi


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?


“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

feels like buying airline ticket

Salam

*hanya sebagai hiasan

Stress. Stress. Stress. I can feel the tension in my vein. Sometimes I can feel the blood rush through out my whole body every time  I tried to swallow the anger and hatred. Wishing they could subdued inside me forever. I don't need them in order to sort this kind of thing. Sigh. I have the potential to get hypertension one day I guess. *Pray hard. 

Because of that, I really feel like buying airline ticket for this winter. Sigh again. I feel the need to get out of this mess and do something that can make me happy and somehow relieve. One must wonder why I like to travel instead of doing other therapies like shopping whatsoever. Haha. Seriously, me also don't know. Being in other places, by which specifically, places I never been with alien-speaking language and disastrous weather always comforted me in a special kind of way. The feeling of being in a foreign place with new faces makes me feel like a brand new person. Like a newborn me walking, searching, and seeing new world. I gain a better control of myself immediately at the moment I landed to those alien land. Huhu. efi is talking crap noww.

So, you! you-know-who-you-are. Help me to pick out our next destination this winter. It better be good. Thank you for your support okay. You are my best man forever!!

Regards


my eyes T_T

salam


I really hate it when I have to quarrel with my father. I don't understand why he is being so selfish and acted like he care but he actually don't. What he did, telling my mom things that might throw angry dispute between me and my mom, is seriously childish. My trust towards him is getting level zero. I really feel back-stabbed. I wonder why my father has the guts to do something like that to me just to make himself somewhat better? Maybe he thinks he could be a better father when he caged me in his deadly house? I know it is wrong to feel like this. But after all these years, with what he had done to the family, I have been too patient with him. And now, I can't take it anymore. It is so unforgiven. Maybe time will heal. But what I am dead sure now, I am not ready to see him in this near future. Maybe after next couple of years. 

I hate it when I cried because my eyes get really red and puffy. I can barely open them now. T_T 

Wednesday, August 25, 2010

wait!

Wait!!!!

Is hiding is the best thing to do now??

Or I am just being too selfish??

I am such a mess.

Bila nak berubah ni efi???

Chipsmore

Salam

I've deactivated my facebook account. After all I can remember is my 24 hours a day are filled with news from facebook. So, why I deactivate it? I admit it was like shutting my social life and everything that I have now off from my life. Therefore, till now, I still am not sure. 

I just....don't feel good enough about myself. I feel demotivated. I feel bad. I think I am indeed a bad person. I am not wholly good hearted. And I blame myself for that. Because of these reasons, I am ashamed to see the world. To see what others are doing. I want to get rid of the jealousy, the anger and everything-related-with-mazmumah feelings built slowly inside me. I wonder why should I feel like this. 

So, I've decided. I want to distance myself from what cause me to feel this. And I'm still trying do it. Fighting my best to get myself super busy. Filled my head with everything not related with the cause so hard till sometimes eventually, I broke into tears. At least I've tried. 

And to everyone affected. IF only there is. I beg for thousand apology. I am a mere human. I am not good enough to be a REALLY good person with a REALLY pure and innocent heart. I don't afford to meet all expectations. and seriously, I am not strong enough to support you when I am not yet concretely supported. Sorry.

Regards

Bandung

x
Salam

Last couple of weeks, ku baru saje balik dari Bandung and Jakarta. Pergi pun 4 hari 3 mlm je. Hehe. X lame sangatlah. So, disebabkan takut lupa apa yang dah ku buat di Bandung, ku tpkse memaksa diri untuk tulis gak entry pasal Bandung and Jakarta. Haha. Nanti barulah boleh recap balik bile nak cite kat anak cucu kalau panjang umur. 

So, my family and I fly ke sana menggunakan MAS. Kenape ek tak gune air asia? Tak ingat sangat. Rasenye sebab malas nak bayar check in luggage banyak-banyak. Sebab tujuan pun memang nak beli barang. So, kalau gune air asia surelah kene pay extra charges kan. Lagipun, time tu harge untuk sorang tiket termasuk airport tax and segala dlm RM500+. Tu pun beli seminggu nak bertolak. Kire ok la gak kan. Haha.



Disebabkan rasenye macam banyak benda boleh cite pasal trip Bandung ni. Saya cuma nak highlight benda yang best je lah.


  • Kitorang hire tour guide sbb first timer pergi. Bayar rm1300 untuk semuanya dari kereta, minyak, tol, hotel, jaga barang, bawak gi tempat makan, tour guide and sumenye la selama kitorang kat jakarta and bandung. Bagi saya, ok lah! hehe. Keselamatan terjamin lagi.
rumah homestay yang kami duduk

interiornye

living room from inside
  • Kene tau, perjalanan jakarta ke bandung amek masa 3-4 jam naek kereta waktu biasa. Kalau jam, lagi lama lah. Jakarta super banyak kereta and jam lagi dahsyat daripada KL. huhu
super sesak jalan kat jakarta and bandung

  • Kalau nak tukar duit, kat Bandung pun ok dah. Time saya tuka tu, lagi murah rate die daripada Malaysia. Untung-untung. hehe
  • Kalau orang kata barang kat Bandung macam super murah. Tu tipulah. Die murah sikit je daripada tempat lain. Cume banyak pilihan. 
  • Shopping kat Bandung memang kene pandai tawar-menawar. Banyak gak boleh kurang. and kalau macam saya, saya setkan harga. Katakan saya tengah cari kain baju kebaya, saya cakap, "bu, mintak kainnya yg harga rp100 000 aja. Yang lain tak mahu ya" Pening gak die nak cari. Tapi lantak la. 
  • Nak beli barang-barang macam kain-kain yang murah macam telekung, sejadah, kain baju kawen ke, kene pergi Pasar Baru. Kalau nak cari baju branded2 baru gi Factory Outlet macam Rumah Mode (sebut nye Rumah Moday). Situ banyak lah and memang murah.

suasana Pasar Baru


semua jenis telekung ade

contoh Factory Outlet Boutique

  • Kat Bandung ni macam takde teksi. Yang ada sume van angkut. Hmmm...Susah jugak. Sesak-sesak nak naik.
  • Banyak sangat penjual jalanan yang merayu-rayu minta beli barang diorang kat sana. Saya terpaksa jalan laju-laju je nak lari daripada beli. Takkan nak beli semuanya kan? setakat beli sekali je daripada mereka-mereka ni bolehlah. huhu. Maaf ye pak.
  • Kat Bandung, famous jugak dengan kek lapis nye. Pergi cari kedai Kartika Sari. Besar kedai die. Banglo sebijik kat tepi jalan. Dalam tu memang penuh la Bandung delicacies yang manis2. Kalau setakat brownies tu saiz besa, rm10 je bila convert. Murah2. Tapi kek lapis mahal la. Tu sebab die famous kot.


contoh produk Kartika Sari


produk-produk lain

makan eskrem at kartika sari

mcm tutti fruti
  • Kat Indon, masalah paling besar ialah diorang tak suke letak tanda harga!! Tension. So, bila nak beli kene tanya. And setiap kali macam ragu-ragu je dengan jawapan diorang. Tah-tah kat kite cakap lain, kat orang die cakap lain. yelah. Kite kan pelancong. Cish.
Setakat tu jelah yang boleh saya cakap pasal trip ni. Hehe.Kalau nak shopping kahwin or raya, memang seswaii sangat lah datang Bandung.

Daa~~~


gambar di airport sebagai kenangan. eh asal skit sgt barang? (*oh da check-in luggage)

Regards
efi la sape lagi

Tuesday, August 24, 2010

100th!



Saya officially sangat bosan sekarang and nak post entry yang ke 100 untuk blog ni!! hehe .Tak sangkanye dah banyak yang saya merepek and tulis dalam blog. Well well. Dulu sangat lah malas nk tulis. Time mula-mula buat, cume tulis satu entry je. pastu tinggalkan blog selama setahun. And now, almost everyday bukak blog dah. Haha. Satu kemajuan tu...Bila tengok-tengok pun, banyak nye yang saya tulis ialah kesedihan hidup saya. Hmmm.Saya xleh elak kot untuk tak tulis ape saya rase. Lagipun, tulah tujuan saya buat blog ni dlu. 

Ok lah. Nak sambung tengok Desperate Housewives. lovee this blog. 

selamat pengantin baru

salam



Baru baca blog anish, click sini, and teringat lah. oh ye. betul lah azri and dalila nak kahwin dah. Mereka kiranya pasangan pertama dalam batch KMB kitorang yang akan membina masjid. Kagum sungguh saya.
Jeles lagi banyak. Nak kahwin jugak. Haha. Ape-ape pun. Tahniah buat korang berdua. And harap mereka kekal bersama sampai bila-bila. Ameen.

p/s: harapan saya ialah dapat kahwin time belajar jugak. haha.

Monday, August 23, 2010

Video-video program

Salam,


*hanya sebagai contoh

Dalam saya stress sana, stress sini, sempat jugak saya usya video-video program kat UK yang tengah banyak dipromo sekarang. Konon-konon tengok macam nak pergi la kan. Tapi tu semua selalunya bajet je. Sebab saya ni mmg malas nak gi program. Taleh tahan dok satu tempat dengar ceramah or talk sepanjang hari. Begitu juga lecture. Huhu. 

Berbalik kepada video-video program ni, saya merasakan semuanya memang cantik-cantik belaka. Pembuat nya memang semua berbakat besar dalam bidang multimedia. Lagu best, gamba cantik, "after-effect" mantop, senang kata semuanya mmg best. Tapi satu je masalah saya rasa. Saya ada kesukaran nak bezakan antara satu program dengan satu program yang lain. Dalam business termnye, setiap video ni tak masukkan diorang punya "unique selling point (USP)" . Definition USP? Berdasarkan wikipedia, USP ialah any aspects of an object that differentiates it from similar objects. 

Perasan lah kan majoriti program-program yang ade kat UK ni banyaknya berunsurkan keagamaan. Tapi kalau diorang masukkan ape keunikan program diorang ni, barulah nampaknya orang akan lebih jelas ape tujuan sebenar program tu diwujudkan. Bukan sekadar nak berlumba antara persatuan mana yang lagi famous dengan berlandaskan sape lagi ramai join program tu. Ataupun, kemasukan peserta ke program tu hanya berdasarkan video mana lagu paling sedap and mana yang senior suruh pergi. Huhu.

Contoh terbaik yang beritahu dengan detail tentang programnya ialah program pre-departure BEE (Banting Extended Experience). Khas untuk budak-budak Kolej MARA Banting (KMB) yang nak fly. Camtulah. So, orang boleh target. Kepada program-program lain macam JOM, WOW and etc, saya mencadangkan baiklah kalau cari USP mereka. And advertise! Takdelah orang pening and tangkap muat je.

After ni, akan ada program FUIYO, PUISI, Freshers' Camp, NISE, PMS etc. Saya sangat-sangat harap program ni ada kelainan mereka yang tersendiri. At least, mungkin boleh beritahu ape slot-slot yang telah mereka buat dalam program mereka pada tahun sebelumnya. Kan lagi best?

Nak tengok contoh promo video? Boleh lah tekan je name-name program diatas di facebook. Mesti keluar punya. hehe

Saturday, August 21, 2010

over stress

And today, I cut my own hair due to over-stress. It was very long time ago since I last cut my own finger and wrist because of the same reason. Thank god I have the alternative. Nevertheless, geez. My hair is a disaster now. *sigh. I think I really should pay a visit to psychiatrist. Should I? Err. Just to learn how to handle my stress.

Jenis-jenis bloggers. Anda yang mana?

Salam

Hari ni berjalan-jalan lagi jauh di alam maya. Apa lagi, merayap baca blog orang je lah kerja. Bila da bukak sana, bukak sini, barulah saya tau beberapa perkara pasal blog and bloggers. Hehe. Sebelum membaca perenggan seterusnya, ingat eh. Ini semua hanya lah pendapat saya, seorang manusia biasa. No hard feelings ok. Hehe. Silalah:


  1. Rupanya, ada orang yang memang serius ber-blogging. Ni memang jenis yang suke tulis blog dengan harapan banyak orang yang nak baca and suka juga. Followers pun beribu. Ni memang taiko-taiko blog la kot. Besar tanggungjawab die. Skali salah tulis, orang repot. Maunya kene saman. Tak pun tarik scholar. Ni untuk yang belajar lah.  *Untuk saya lak, saya mengong-mengong je tulis suka-suka dalam blog. Tulis sampah pun takde rase ape. keh keh
  2. Ada juga bloggers yang suka nak cari attention dalam blog nya. Erm erm. Ni tamo komen lebih2 lah. Kang ada yang kene ban.haha. Tapi serius, bloggers ni x abes2 la tulis pasal die ade banyak peminat. Lawok pun ade jugak kadang-kadang bila baca. okok. Tutup cerita dah. Kang ngumpat terlebih lak.
  3. Ada sejenis lagi blogger ni yang tulisannya semua berunsur kritikan. Ada kritikan membina, ada kritikan melampau. Tapi memang kerjanya kritik je lah hari-hari. Hehe. Ni pun boleh bergelak ketawa juga baca. Sebab terasa macam, aih...die ni mmg x puas hati je ke setiap hari. Semua orang lain buat salah lah, die je betul. Ops! Tapi x salah pun memberi pendapat. ye x? ;)
  4. Satu lagi jenis ialah bloggers ni memang buat blog die jadi macam forum agama. Haa. Jenis ni memang terlebih banyak yang saya jumpa. Sejujurnya, saya ni malas sikit nak baca-baca blog berunsur macam ni sebab ade blog tu nampak macam die tiru ayat-ayat buku teks agama je. Saya lagi berminat dengan blog yang tulis pasal kisah teladan berdasarkan real life experience and selitkan unsur agama. Barulah leh hayati dengan lebih mendalam tentang makna Islam yang sebenar. Kalau orang-orang macam saya yang kurang ilmu agama ni , manalah faham sangat dengan hadis-hadis and ayat Quran yang dia copy paste and tulis penerangan semuanya menggunakan istilah arab yang tak dapat difahami tu. Tapi usaha mereka memang sangat dipuji lah. Hehe
  5. Jenis bloggers seterusnya yang saya kenal pasti ialah jenis yang buat blog untuk bisnes. Hahahaha. Ni memang golongan bijak. Best je le advertise barang jualan free-free. Memberi idea jugak kepada saya untuk buat satu. :p Ni antara blog-blog yang banyak jugak lah saya skodeng. Especially yang jual cupcakes and cakes. ooohhh. gamba-gamba kek and cupcakes yang comel memang sangat best untuk dilihat setiap hari. hik hik
  6. Golongan seterusnya ialah bloggers yang suka tulis pasal diri sendiri and merapu-rapu. haha. Tulah saya. *mengaku dengan tak malunya. Selalunya, ni golongan yang banyak masalah peribadi lah kot. Macam saya lagi sekali. Sebab banyak sangat masalah mcm ni lah, takde mase sangat nak tulis pasal masalah dunia and masalah negara. Tapi tu tak bermakna, saya tak kisah ye. Cuma belum masanya saya nak menulis and memberi pendapat pasal perkara-perkara tu. Hehe.

Banyak dah saya labelkan blog and bloggers. Ikut sedap saya je kan. Tapi takpe. Tau dah tak ramai yang tau pasal blog saya ni. So, bolehlah saya sesuka hati mencurahkan pendapat saya kat sini. Ok. Sampai sini jak. Adios

Salam

Friday, August 20, 2010

hari hari

Kerja saya hari-hari blog-hopping. Dok bace blog orang. Blog sendiri malas update. =.=

Wednesday, August 18, 2010

a year older


To the person whom the birthday is today. 
Here is a message specially for you:

"Your life is a gift from the Creator. Your gift back to the Creator is what you do with your life."

Therefore, make the most of it accordingly
Will always be with you whenever and wherever you need me :)

p/s: Act, you are the one who suppose to make the wishes. Not me tau. May Allah grants our wishes. Amin

Tuesday, August 17, 2010

apakah status anda semua?

Salam,

Baru-baru ni ada video kat fb tentang pertunangan. Kata ustaz tu, jika seorang lelaki telah melamar seorang perempuan, contohnye, bila dia cakap face-to-face kat perempuan tu, "Sudi tak you kahwin dengan I?" *ni ayat contoh je ye. Takde kene mengena dengan yang hidup dan yang mati. Hehe. And perempuan tu cakap, "Ye, I ok je. I suka". Walaupun tanpa wali, maka sah lah mereka sudah bertunang mengikut hukum. Dan adalah haram untuk orang lain hantar rombongan meminang untuk potong line. Tapi itu pun dengan beberapa syarat lah yang perempuan tu perlu penuhi; perempuan itu mestilah berakal, waras, cerdik dsb. 

Apa yang orang-orang kita dok buat sekarang ni; hantar rombongan pinang, buat hantaran, sarung cincin, semuanya adalah pertunangan secara adat. Dan itu lah yang sentiasa kita pandang sebagai satu-satunya definisi pertunangan dalam masyarakat kita. Oleh itu, cubalah kita semua fikir-fikirkan. Apakah status kita sebenarnya? hehe

cubalah tengok link ni. hope boleh bukak.
sini

Regards

puasa

Salam,

Tahun ni berbuka puasa simple-simple je. hehe. Tahun ni pun, saya rasa lain berbuka puasa sebab dah takde adik beradik kat rumah yang meramaikan suasana. Selalunya, semua ada. Sorang tengah praktikal, sorang nak SPM kat MRSM Terendak, sorang nak PMR kat MRSM Gemencheh, N9, and tinggal la sorang je lagi kat rumah dengan mak. So, makan pun simple je la. Nak masak banyak-banyak and special-special pun macam x best. Sebab sikit sangat orang yang makan. So, the result is, saya pun makan ala kadar je la. 

Tahun ni pun, bila orang or kawan-kawan ajak berbuka puasa di luar. Saya rasa malas. Hmm. Kenapa ye? Mungkin sebab bila lapar, malas nak jalan kot. Tapi ye la. Kalo ajak jumpe lepas taraweh ke, ok la gak kot. Bole dipertimbangkan lagi. Hehe. Rugi pulak kalo buka puasa hebat-hebat tapi terlepas sembahyang taraweh kat masjid. Or even tak gi masjid pun, buat kat rumah la bila masuk je Isyak. Barulah rasa tenang sikit kalo nak berlagha after tu. Haha. Salah gila pemikiran. 

Ape-ape pun, baju raya saya dah tempah la. Ceh. Padahal baru 7 hari puasa. Tapi takleh wat ape la. Kain da beli, takkan nak bia je kan. Nanti bila tempah lambat-lambat orang dah tak nak amik dah. Akhirnya, kain tinggal jadi kain je. Kesian kain tu. Haha. Excited sebab raya tahun ni kat Malaysia. Tapi honestly, raya kat UK last year pun best je. Experience baru. Lagi meriah actually daripada raya saya kat Malaysia. Makanan pun lagi banyak. Kawan pun ramai. Rumah yang nak bertandang pun lagi banyak. Haha. Tapi still, family dapat menyesar semua tu. Hehe

Oklah. Selamat seminggu berpuasa semua!

Regards

Monday, August 16, 2010

sorry dear

The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else. 
Anonymous


p/s: jangan sedih. we will always be with you <3

Friday, August 13, 2010

Thursday, August 12, 2010

summer 2010

Salam

Sepanjang cuti summer 2010 ni, banyak tempat dah saya berjalan. Sampai demam teruk dah masa balik dari Terengganu hari tu. Tu pun boleh lagi nak pergi wedding kakak sue la, pergi kl la. isy. teruk betul. Ngarut dah ni. Ok. Memandangkan memori manusia tak delah tahan lama mana, so, saya nak recap ape yang saya nampak and dapat sepanjang saya stay di Malaysia. 

Upon my arrival in Malaysia, saya stay rumah je selama 2 minggu. Jet lag dahsyat betul. Tak boleh tidur  langsung selagi jam kat dinding tu tak cecah pukul 4 pagi. Pastu bangun lak, hehehe...Tuhan je lah tau kan. So, nak berjalan-jalan pada masa ini adalah sangat tidak efektif. Disebabkan time tu World Cup, saya pun layan je lah tengok bola. Ok lah. Dulu noob gile. Satu ape pun tak tau. Sekarang kenal-kenal jugak la negara-negara yang main ngan pemain-pemainnya. Tapi player yang hot and hensem je lah yg saya cam dari jauh. Yang lain sume noob lagi. haha . At least, saya tau ok satu team bola sepak ade 11 pemain kat padang and gol dikira gol bila bola lepas masuk kawasan yang dijaga goal keeper. :D

Lepas 2 minggu, saya dah bosan dok rumah di Jasin. Ayah saya di Subang pun dah mula bertanya-tanya bila lah saya nak ke sana. Oleh sebab itu, saya pun belilah tiket bas ke Selangor (turun Shah Alam). Hmm. Lame dah tak naik bas Malaysia. Saya naik bas transnasional. Harge bas pun dah berubah since last time saya naik. Sekarang dah RM15 lah cincai kira harga tiket dia. Mahal jugak kann. Aha. Bila sampai sana, part seronok dah mula. (ape-ape pun thank you ok, if you read this). Tak leh cite banyak2. Rahsia negara. Hehe

Staying kat Subang, biasa je lah. Dok melangok tgk tv. makan. tidur. dan sebagainya. Yang jadi menarik ialah bila saya keluar2 cari barang lah kot. Pergi Low Yat, pergi Sunway Pyramid. And oh ye! Time ni lah saya belajar naik KTM. haha. Bangge gila berjaya naik KTM sorang-sorang dari Subang ke KL Sentral. Tapi as usual, takut gila bile dalam train tu lelaki je keliling. Saya tak jumpa lah mana gerabak perempuan tu. =.= Sedih saya.

Oklah. Till then. Lepas ni saya nak cerita lak pengalaman pergi ke Kuching, Sarawak! hehe

Regards

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

A month full of bless

Definition of Ramadhan:
Muslims do not eat or drink, from dawn to sunset. to learn patience, modesty and spirituality

Seems like I have to try slowing my brain from thinking much about worldly affairs and focus more on improving my inner self. Here is my things-to-do during this month:

  • Tarawekh every night at masjid if possible. (Takut nak pergi sorang2. kene tunggu mak) Spirituality
  • Read Quran more often Spirituality
  • Pray hard ( a must!) Spirituality
  • Stop (or at least slow down) my addiction to stalk people on Facebook. =.=' Patience
  • Be a good daughter. Stay at home. Be a nice girl :) Patience and Modesty
  • Cook and Bake selalu (sukaa. am excited to make kuih raya) Not sure 
  • Play with my cats? to prevent me doing merepek things; googling pictures of delicious food in internet. so embarassing. Not sure 
Daa. If the list goes on, surely my aims and hope would be hard to accomplish. so, good luck efi. 

p/s: sedih. this means i just have one month left to manja-manja with my family and cats. i dont wanna go back leeds. 





Tuesday, August 10, 2010

keropok malinja

Masa: Sehari sebelum bulan Ramadhan

Aktiviti:

Bangun pagi, sidai baju, bukak TV, mandi and duduk dpn TV. malas nak breakfast. Saya pun capai je lah keropok malinja yang saya goreng semalam. Bila fikir-fikir, saya rasa mesti ramai yang tak tau pasal keropok ni. Saya panggil "keropok pahit". Sebab rasa die mmg pahit! hehe. Dah tahu pahit, kenapa suka makan jugak? Saya pun x tahu. Maybe sbb saya suka makan. Bagi ape pun, saya telan je. :D

Nak tengok macam mana rupe die x? ni ha bawah ni:


Saya selalu makan keropok ni time saya duduk rumah nenek kecik2 dulu. Huhu. Satu bekas besar nenek saya goreng selalunya. Mak saya pun kata die start makan keropok ni kat rumah nenek dulu. Lepas tu, bile mak saya jumpe keropok ni dijual, die pun beli lah kadang-kadang. Tapi keropok ni jalan nya lambat sikit. Lambat nak habis la maksudnya. Hehe. Sebab rase die lah kot : Pahit!

Mane asal keropok ni ye. Saya pun x sure. Tapi mak saya kata asalnya, dari buah Malinja. Daripada buah tu, die penyek-penyek kan and buat keropok. Yeke? Haha. Tapi lebih kurang camtu lah. Nak baca selanjutnya kat sini ye:

buah malinja

Sekian sahaja post ini. Saya nak sambung makan keropok. hehe. Langsung tak sihat saya ni. Makan je keje.

Monday, August 9, 2010

kelip kelip di bilik

circle of light

movin' lite

lighting



green and blue

guess what's this?

source of light

red n yellow light? hehe

p/s: saya sangat suka lampu kelip-kelip warna warni. orang letak luar rumah ye? saya letak dalam bilik. rse sangat seronok tau! haha. y dont ya givvit a try? :p

Sunday, August 8, 2010

lily-grafi










it is the symbol of purity and innocence

p/s:
It is said that white lily is linked to Juno, the queen of gods in Roman mythology, by the story that while nursing her son, Hercules, some excess milk fell from sky creating the group of stars we call the Milky Way, and lilies were created from what milk fell to the earth.

Posted by Picasa

melaka trip

sexy back

big lens 0.0

side

the insider

p.s: thank you !
Posted by Picasa

it ain't simple

A simple thing to you sometimes means a lot to me (like really really alot)
so, it ain't simple
and therefore, the situation become not that simple
and me, it is seriously not simple anymore

i tink
that is where they got the word: complicated!

Friday, August 6, 2010

naturee

merry old christmas tree

kurakura comel

merah menawan

itulah peas

Posted by Picasa

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts