Monday, December 27, 2010

FUIYO' 10

Salam


Saya pergi fuiyo hari tu. Supposedly, the programme started 22 December but I arrived on 23rd. Well, semuanya sebab silap plan holidays amsterdam. Dah nak pergi baru teringat redundant sehari tarikh. Tapi takpe. Still ade bende yang saya boleh komen. haha So, marilah lihat review saya tentang program ni

Fuiyo? What is fuiyo? Well, this is the abbreviation of Fun with iLuvIslam Youth Overseas. Senang kata ni ialah satu event yang dianjurkan oleh ILuvIslam organization. Overall fuiyo mmg best lah. Saya lagi suka kalau saya comment fuiyo ni by parts:

1. Accommodation: Yang penting bg saya especially time winter ni ialah dia ade operated heater and toilet bersih. Apparently sy bernasib baik dpt tmpt yang agak warm n toilet mmg bersih la. Hehe. Katil mmg cantik. Boleh kata macam hotel time sy duduk kat amsterdam bberapa hari lepas. Tapi dengarnya, ada house (accom) yang sejuk sbb heater diorg ade timer. So nasihat sy, kalau x thn sejuk tu, bwkla blower @ sleeping bag siap2. Macam saya. Hehehe. Barulah terjamin kesihatan anda.

Next......

2. Food: Food sangat ok lah. Mmg cukup sedap. Makan dlm talam. Seronok jugak. Ada passing cookies and air teh tgh2 talk. Senang kata team food dah buat kerja dgn sgt baik dah. Tahniah lah ye. Komen sy, kalo letak extra sayur kat tepi utk spe2 nk tmbh lg bgus kot. Sebab saya rasa sayur yg diletakkan dlm talam tu mcm sikit la pulak. Huhu. Tapi yang best lagi sebab banyak betul desert dapat. Custard dengan buah la, cheese cake lah (Yorke buat), apple crumble lah......gemok dah dok fuiyo. Nasib baik berapa hari je. Kalau setiap hari maunye tambah berkilo2 lagi berat badan. haha

3. Pengisian: bab ni saya bahagikan kepada dua la ye. First talk and kedua LDK ( Latihan dalam Kumpulan). Untuk talk, pemilihan ustaz Jailani sbg speaker mmg mantap la. Sbb die sangat kelakar and isi penyampaian die sangat direct. Mudah difahami. Tidak membosankan and memberi inspirasi yang tersendiri kepada saya. Mungkin sbb dia menggunakan experience dia sendiri kot dalam memotivasikan audiens supaya percaya kepada kemampuan diri. Mmg sangat best! Hari ni ada talk daripada ustaz izzam, bercerita tentang 'i believe i can fly'. Bagi saya, contoh yang diberikan oleh ustaz ; kepercayaan saidina umar tentang israk mikraj Nabi Muhammad adalah sgt tepat. Saya boleh rasakan lah perbezaan tahap believe saya dengan contoh yang diberikan.

Overall LDK utk Fuiyo rating 4/5. Terkejut jugak bila ada gusti last night. Walaupun bukanlah tu aim and obejctive session tu, (aim dia untuk buat kita yakin bahawa halangan boleh diharungi dengan semangat yang waja) tapi sesi tu agak kelakar and 18SG. Bolehlah teruskan lagi ye team Fuiyo. Tu je la kot highlight LDK yang saya rasa nak utarakan. Hehe. Then ada LDK treasure hunt. Tu best. Sebab kene work in team menjadi tokoh2 tertentu. Contohnya menjadi Ibnu Rusyd, Al-Khawarizmi dll. Apa yang saya faham, setiap orang dalam group tu ada peranan mereka masing2 dlm membuahkan kejayaan kepada semua.  Bila semua focus pada speciality mereka masing2, memang hebat la kan group tu. hehe. Then bila group yang berjaya menang dapat satu perkataan each, kitorang semua kumpul kat hall and terus susun perkataan tu. Tang ni saya kagum sbb dapat nampak la semua tak kisah sape menang, sape kalah, laju ke lambat ke, yang penting, semua dapat bg sumbangan mereka. And at last bila perkataan "Caterpillar" tu dapat digabungkan, semua bersorak semangat and seronok gila. Kat sini saya realize yang tak kisah lah walau lambat mana pun kita start bg sumbangan tak bermakna kita tak jadi sebahagian yang membawa kemenangan tu. Samalah macam Islam, walau lambat mane pun kita pickup baru nk bagi sumbangan, yg penting at last kita nak Islam berjaya di muka bumi ni. Ending yang penting.

4. Tapi saya x puas hati je la tade gamba saya lagi kat fuiyo :p 

Petikan dari organizer: Semua individu mampu untuk menyumbang. Walaupun mungkin kita masih lagi belum dapat menjadi seseorang yang penting, tapi sekecil2 sumbangan yang kita lakukan besar nilainya di hadapan Allah. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah cari di mana 'niche' kita dan fokus pada itu. Pasti lambat laun kita akan dapat apa yang kita impikan (memberi sumbangan kepada human being). 

P/s: sekarang hanya pada blog sy mmpu menyumbang. Harapnya akan dtg sy mampu lakukan sesuatu yg lebih lagi.

Nak tengok gambar di Fuiyo? click HERE

Regards

1 comment:

White Dress said...

bestnya! =)))

heppy that u gain something from fuiyooo

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts