Showing posts with label Spain. Show all posts
Showing posts with label Spain. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Kota Al-Hambra (Granada)




Fountain faymes al-hambra

Salam

Kota Al-hambra sangat besar dan cantik. Memang berbaloi membayar 13 euros. Untuk betul-betul menikmati Kota Al-Hambra ni, diperlukan sekurang-kurangnya satu hari jugak la. Approx 5-6 jam. Sangat-sangat besar. Kota ni actually terbahagi kepada 3 bahagian. Al-Cazaba, An-Nasrid dan GeneralLife. Untuk Al-Cazaba (Pertahanan), boleh tengok kemegahan tembok kota ni. Dengan tower nye yang sangat tinggi, boleh bayangkan macam mana orang dulu berperang. Macam dalam game. Dengan archeries kat tembok. Haha. Tapi disebabkan Kota Al-Hambra yang dahulunya kepunyaan orang Islam kemudian telah ditawan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabel, kat puncak bangunan ni ada satu monument peringatan untuk diorang je. Tapi monument peringatan untuk orang Islam takde pun.

Bahagian Nasrid pulak ialah bahagian yang paling famous untuk Kota Al-Hambra ni. Kalau tengok video-video Al-Hambra, yang ada air pancut dengan singa tu..haa.. ada kat bahagian ni lah. Namenye the courtyard of lions. Yang uniknya pasal air pancut ni ialah, bila masuknya waktu solat, mulut singa-singa ni akan keluarkan air untuk bagi orang amik air sembahyang. Mengikut cakap-cakap orang, katanya, air pancut ni ikut timer jam matahari. Orang bukan Islam ramai yang tertarik dengan cara air pancut ni berfungsi sehinggakan diorang telah pun mengorek air pancut ni untuk tengok cara die berfungsi, tapi malangnya, sampai sekarang pun diorang tak tau cane air pancut ni beroperasi. Bijak kan orang Islam? Dalam An-Nasrid ni jugak, setiap dinding, tembok dan segalanya ada tertulis “LaGhalibu Illallah” yang membawa maksud tiada yang berkuasa melainkan Allah. Ayat ni ada die setiap sudut, setiap bahagian daripada bawah sampai ke ceiling! Begitulah hebatnya kecintaan pemerintah pada masa itu pada Allah sehinggakan walaupun beliau telah berjaya membina kota se-gah ni pun, beliau masih rasa tawaduk dan mengakui bahawa kekuasaannya takdelah semegah mana jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah itu sendiri.

Kata-kata "La ghalibu ilallah"

Dalam bahagian General Life pulak, yang paling best, ada banyak sangat pokok oren! Pokok oren berlambak-lambak sampai setiap kali kitorang tengok pokok je, keinginan untuk panjat pokok and amik oren tu sangat meluap-luap! Haha. Kelakar kan. Ni lah namanya orang Jakun. Yes. Memang Jakun. Kat kawasan General Life ni actually penuh dengan garden dengan orchard. Banyak bunga, pokok, fountain, ukiran2, memang sangat cantik. Beribu-ribu gambar lah kirenya boleh diamik kat kawasan ni je. Sebab memang cantik.

Pastu, pasal cuaca. Memang best! Time kitorang datang la. Sebab panas terik tapi suhu tak tinggi sangat. Dalam 22-23 Celcius je. Best kan. Saya especially sangat bahagia sebab serik dengan suhu UK yang sejuk je lah memanjang even tho dah spring season. Hehe. Suke nye dekat cuaca Spain. Then pasal bahasa, better hafal je lah ayat-ayat penting macam “berapa harga?” aka “Quento?”. Camtulah sebab berguna sangat.Lagi better kalau hafal sekali ayat macam mana nak mintak diskaun! And penting gak macam mana nak tau makanan tu halal ke x. Ni sangat berguna time nak beli aiskrim. Hehe.

Dalam Al-Hambra, dinasihatkan pakai sport shoes sebab banyak sangat berjalan. And curi masuk makanan banyak-banyak sikit dalam beg. Sebab nanti lapar susah. Curi-curi makan lah nanti dalam tu. Nasib baik jugak dalam kota ni banyak water cooler. So, air memang xde masalah sangat. Macam kitorang bergantung hidup dengan kacang je. Memang lapar. Balik tu, terus bantai kebab. Aha. Granada banyak makanan halal. Especially kat bahagian Al-Baycinth. So, xde masalah sangat. Sedap je pun. Kebab tetap rasa kebab. Burger tetap rasa burger. Bezanya, meal die xde chips je. Haha.

Oklah. Setakat ni je untuk Al-Hambra. Special kot. Sebab tempat ni best sangat. Tu dapat post best. Hehe.

Regards,
efi

Cordoba

Salam Cordoba,
I love Cordoba. Kenape? Haha. I don’t know. It feels nearer to my heart. Di Cordoba kami tinggal di Anil Backpackers. Murah and cantik. Yes. Betol…Name je tempat backpackers tapi cantik tempat die. Maybe sebab kitorg dtg ramai2 kan, so, tempat die sume untuk kitorang la. Maybe kalo datang berdua atau bertiga tak elok sangat kot. Sebab kene bercampur tidur katil dua tingkat and toilet.



Daripada tempat kitorang tinggal tu, nak pergi Masjid Cordoba 5 minit je jalan kaki. Dekat gila. Saya dulu bayangkan Masjid Cordoba tu macam best and macam betul-betul masjid la. Tapi bila saya sampai tempat tu, saya pelik dengan sign board die…Die tulis “Mezquita-Cathedral de Cordoba”. Dalam hati saya fikir, ni betul ke Masjid Cordoba yang dalam buku sejarah? Kenape sekarang jadi Cathedral lak? Then dalam hati, saya cakap maybe Masjid Cordoba yang lain kot yang buku sejarah tu cite. So, saya tanya gak la orang-orang local and buat research kat internet. Rupanya assumption saya salah. Memang Masjid and Cathedral Cordoba adalah bangunan yang sama! Uuuuuu…Kat sini saya betul-betul sedih la. Takut nye kalau benda ni jadi kat Malaysia jugak. Even saya ni tak de la kuat sangat dengan agama, tapi saya still sayang agama saya. Tak suka la bila rumah ibadat ditukar-tukar. Kami bayar 8 Euros untuk masuk sini. Dapatlah tengok the famous “horse-shoe arch” of Mezquite de Cordoba. Menarik. Sejarah die pun menarik. Dan dalam dia..memang gelap and penuh dengan patung-patung and gambar-gambar berunsur Christian. Rasa menakutkan. Kami juga diingatkan supaya tidak bersolat dalam bangunan ni bile tengok kami semua Islam. Ok. Tapi orang Christian le lak sembahyang. Cis. Memang tidak adil. Huhu.
horshoe-arch mezquita-cathedral de cordoba

christiannye patung dalam tempat ni
Depan Mezquite-Cathedral de Cordoba ade Roman Bridge yang menyeberangi River Guadalquiver. Banyak anginnnnn! Huhu. Tengok air die kaler hijau and deras rase macam teringin sangat-sangat nak terjun. Ops. Tapi tulah. Memang rasa nak terjun. Nasib baik tembok die tinggi. Malas pulak nak panjat. So tak jadilah.
Keesokannya di Cordoba, kami pergi ke Medina Az-Zahra. Actually tempat ni adalah tapak arkeologi je. So, memang nampak lah tapak-tapak and bekas-bekas bangunan Medina Az-Zahra. Ade information centre jugak kat sini. Modern sangat. Mungkin baru jugak tempat nii dibina. Toilet die first class la. Hoho. Setiap tempat saya gi toilet kot. Ok. Sambung balik. Medina Az-Zahra ni adalah Kota utama atau bandar utama di Cordoba jugak. Ada kediaman khalifah, headquarters dan etc. Tempat ni dibina oleh Khalifah Abdul al-Rahman III ketika beliau dinobatkan menjadi khalifah pada 929 M. Nama Az-Zahra ni actually name isteri beliau. Ah. Sweetnye. Banyak kesenian Islam dapat dilihat kat tapak arkeologi ni. Memang cantik. Kena pergi ok. Nak masuk sini kene bayar 1.50 Euros and bas die kene bayar 2.10 Euros. Overall 3.60 Euros la.


tapak arkeologi medina az-zahra
Kat Cordoba, banyak sangat kedai souvenir kat are-area tempt kitorang duduk. Tapi mahal sikit lah. Still, Granada memang lagi murah. Huhu. Beli ala kadar je. Setakat cukupkan syarat. Hehe. Kalau bernasib baik, memang dapat lah yang murah.
Ok. Inilah dia Cordoba. Sekian.
Regards,
efi

Seville

Salam,

Seville disebut sebagai “se-viyya” sebab bile ade due “l’, ianya diganti sebagai “y”. Cool kan? Hehe. Saya suka lah bahasa Spanish. Senang jugak la nak faham sebenarnya. Ok. Di Seville, kami tinggal di Ole Backpackers. Tempat die murah, cantik and ok la jugak. Kalo nk kasi rating 7/10 ok la kot. Rendah sikit sebab die kate ade internet, tapi sebenarnye takde pun. And busuk sikit la bilik die. Cam hapak sikit sebab kurang tingkap. Huhu. Ni dari sudut pandangan perempuan la. Kalo laki rasenye dah cukup terbaek dah kot. Haha. Kat sini pun jumpe gak some budak Manchester lelaki. Kenal la. Tapi tak sempat nak temu bual.
Bandar Seville ni cantik! Lebih maju jika nak dibandingkan dengan Granada. Tapi kawasan sini memang penuh la dengan bangunan yang penuh ukiran Christian. Macam kat UK jugak lah feeling die bile tengok bangunan-bangunan sini. Lupa lak nak cakap..Seville ni ialah ibu kota Andalusia ye.

Ha..kitorang sempat singgah shopping centre ni. Die macam flee market tapi semua jual syiling, poskad and barang-barang antik. Duit Malaysia yang zaman dulu kala pun ada jual kat sini! Menarik la market ni. Tapi saya x beli ape-apelah. Tak minat. Souvenir sini pun agak mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan Granada and Cordoba. Nasib baik dah sempat shopping banyak jugak dekat Granada. Bayangkan satu fridge magnet kat Granada baru 1.50 Euros tapi kat Seville, majoritinya 2.50-3.00 Euros. Taklehh tawar lak tu. Memang mahal. Kat Correls Ireland pun fridge magnet boleh dapat 3 dengan hanya 5 Euros. Huhu.

Yang famous kat sini ialah Cathedral of Seville and Giraldar. Cathedral of Seville ni dikatakan sedang bertanding dengan Cathedral St Peter’s di Rome dan St Paul’s di London sebagai Cathedral terbesar di dunia. Dan ianya juga dikatakan sebagai cathedral terbesar dari segi volume di dunia. Bile tengok dalam die memang sangat dahsyat la. I mean. REALLY. Sangat dahsyat! Patung-patung sangat besar. Dalam die sangat besar and gelap. Tengok di bawah!





Giraldar dekat sebelah je Cathedral of Seville. Giraldar ni is actually a minaret; menara orang azan tapi bila orang Kristian mengambil alih, die menukar menara itu menjadi bell tower. 70 meter daripada ketinggian menara itu dibina oleh orang Islam and orang Kristian menambah ketinggiannya menjadi 94 meter. Kami membayar 2 Euros untuk memanjat sehingga ke atas menara itu (34 ramps telah kami lalui untuk tujuan ini. Semput!). Setelah tiba di atas menara itu, view memang cantiklah. Boleh lah nampak segala ceruk Seville ni and stadium Matador pun boleh nampak (Matador ni bull fighting). Tapi pada masa yang sama, baru kami sedar yang duit yang kami bayar tu digunakan untuk membina Cathedral baru (baru perasan ianya tertulis di belakang tiket). Sedih ke x? Mestilah sedih. Dahlah tapak Cathedral of Seville tu bekas masjid Seville. Diorang robohkan and buat Cathedral. Minaret pun buat bell tower. Then duit masuk minaret lak digunakan untuk buat cathedral baru. Geram sangat rase. Jadi, untuk yang terbace tulisan saya ni, mungkin perlu difikirkan jugak perlu ke tak masuk tempat ni after this.

Kat Seville ni, kami masuk jugak Real Al-Cazar. Haa..nilah kota orang Kristian yang meniru sebijik-bijik kota Al-Hambra. Boleh nampak jelas kot. Dari segi ukiran, reka bentuk, kebun oren, lion2, sume ade kat sini gak. Tapi sini kecik sikit la daripada kota Al-Hambra. Tapi ukiran “La ghalibu illallah” tu die x tiru pulak. Die ganti dengan ukiran ape tah. Nampak cam ayat Quran gak tapi xle bace. So, cacat di situ ok. Cantulah jelesnye orang Kristian dulu, nampak kota Al-Hambra cambest gile, die pun nak tiru gak.

Selain itu, di Seville juga kami pergi ke Plaza de Espana. “Plaza” dalam bahasa Inggeris ialah sebuah square. Plaza de Espana yang berbentuk hemisfera ni cantik jugak. Dia ada pavillion yang menceritakan segala province yang ada di Spain berserta sejarahnya. Kat sini pun ramai jual Abanicos. Ape tu? Abanicos ialah kipas tangan je. Name je nak sedap. Haha. Untuk saya biase je kipas ni, tapi tah. Tengok google, abanicos ni ialah top 3 souvenir-must-buy. Tapi saya x beli pon. X minat. Hisy. Nak buat ape kipas tangan banyak2? Haha. Sebelah plaza ni ialah Plaza de America. Tapi x gi pon sbb kaki nak patah dah berjalan.

Sebabkan hari time tu panas, best je beli aiskrim! Haha. Ni pengalaman paling menarik untuk saya. Heaven nya rasa. Dah lame tak rase panas sambil makan aiskrim. Dok UK dok asyik kene minum hot choc jee..Haha.

Petang tu kami berjalan di River de Guadalquiver. River ni penting kat Seville sebab die membahagikan antara kawasan Seville and Triana. Alah. Penting dari segi geografi je. Untuk lain tu mcam tak signifikan sangat. Ada cruise kat sini. Banyak duit boleh lah naik. River ni besar and panjang sebab sampai Cordoba pun jumpa river ni lagi. Dahsyat kan?

OK. Tu je kot untuk Seville. See you again in Cordoba pulak.

Regards,
efi

Granada

Salam

Sekarang sedang dalam perjalanan ke Granada. Antara yang dahsyatnya pasal Granada ni ialah jalan dia. Ok. Sebab kitorg road trip, so, pandai komen pasal jalan dia je lah kan. Haha. Orang sini selain daripada suka sangat HON, diorang suka bawak kereta laju-laju. Dahlah jalan sangat sempit. Takde signboard yang proper. Ada garmin pun macam x berguna sangat. Bayangkan lah. Sangat scary. Sangat2. Alhamdulillah semuanya selamat.

Tapi perjalanan ke Granada ni agak berbaloi bila dah sampai ke sini. Kitorang duduk dalam Albaycinth city; banglo 10 bilik kat almost puncak bukit Granada. Memang rumah ni betuk-betul kat tengah city Granada. Kota Al-Hambra pun boleh tengok dari atas ni. Cantik sangat!! Ah. Tu je la setakat ni yang membuatkan perjalanan ke Granada ni berbaloi.




katil





dapur





tempat makan




aaaaa..terbalik lak. ni toilet




lampu


Selain tu, Plaza St Nicholas pun hanya sekangkang kera je dari banglo kitorang. Dalam 2 minit perjalanan kot? Hehe..Plaza St Nicholas ni tempat ape? Tengok internet! :P Saya pun x sure sangat apa significant nye. Yang saya tau, dia sentiasa ada ramai orang. Majority pelancong la. Semua dengan kamera yang besar-besar and mahal-mahal of course. Memang sangat bergaya tempat ni. Hoho. Sebab apa orang ramai kat sini? Sebab die berdepan dengan Kota Al-Hambra, boleh nampak overall view je dari pandangan atas.

Mosque of Granada pun sebelah je dari St Nicholas plaza @ Miraldar de Alhambra. Masjid ni ialah masjid first dibina selepas kejatuhan Islam pada abad ke14 di tangan orang Kristian. Cantik eventho boleh considered kecik la. Beli 1 euro teh dapat free cawan. Haha. Kami pun sempat sembahyang jumaat kat sini and makan free after tu setelah dijemput oleh Makcik Maryam. Orang Spanish yang boleh cakap English dan beragama Islam. Dapat lah rasa makanan Spain gak. Cous cous. Wek. Macam nasi hancur. Tapi saya tak suka. Akhirnya saya makan pisang dan roti jugak. Haha.

Satu lagi, SOUVENIR. Sangat banyak kedai souvenir. Yang cantik2 dan tak de lah murah sangat. Tapi tulah, bila jalan dengan perempuan je..Nafsu membeli tu mmg tinggi je lah sentiasa kan. Jalan 5 minit, berhenti beli. Jalan lagi 5 minit, masuk kedai lain lak. Senang kata, kat satu jalan tu, almost semua kedai boleh kate dah masuk. Haha. Lawak kan.

Tu lah dia journey di Granada. Hebat. Penuh dengan informasi. (Sebab semua orang dah diberi tugasan ikut tempat, so info2 pasal tempat semua dapat discover la)

Sekian.
Regards,


efi (8&9 April 2010)

Thursday, April 8, 2010

Spain Part 2


Salam


Sebelum memulakan cerita yang lebih panjang lebih baik saya menerangkan siapa ahli rombongan Cik Kiah ke Spain ni. Jumlah semua ialah 10 orang. 5 dari Leeds, 3 London, 2 Southampton.
Leeds.
1. Saya, Medicine, Uni of Leeds
2. Ainol Suraya, Medicine, Uni of Leeds

3. Raja Nur Faizah, Medicine, Uni of Leeds
4. Shafinaz, Medicine, Uni of Leeds
5. Fatin Syamimy Liana, Chemical Engineering, Uni of Leeds
London
1. Ilham Ainaa, Biotech, King’s College
2. Ami, Biochemistry, UCL
3. Ili, Actuarial Science, LSE
Southampton
1. Farah, Fizik, University of Southampton
2. Kak ji, Chemistry, University of Southampton

Perjalanan dari London ke Madrid mengambil masa 1 jam 30 minit. Sampai Madrid Airport pukul 11.30 pm waktu UK and 12.30 waktu Spain. Kire beze +1 la antara UK and Spain. Disebabkan kitorang sewa kereta, maka kitorang hanya boleh memulakan perjalanan pukul 6 pagi. *Ni dijangkakan je. Maka, termangu-mangulah semua orang menunggu tibanya pagi. Semua amik port masing-masing. Tidur atas kerusi. Saya pilih tidur atas kerusi la. Sakit sangat tengkuk. Last-last tak boleh tidur langsung. (Wah! Peliknya efi tak boleh tidur? Bukan efi tidur dalam semua keadaan ke?) Erm erm. Tu dulu kot. Sekarang ada masalah sikit. Langsung tak boleh tidur. Jadi memang mengantuk la sampai ke pagi. Hoho. Mata panda.
Tunggu punya tunggu, dah pukul 6 pagi! Okay. Gosok gigi, cuci muka, pakai lotion and etc. Owh ye. Sembahyang subuh sekali lah kan. Sempat juga baca Al-Mathurat. Alhamdulillah. ^.^ . Berbalik kepada situasi tadi. Kitorang dapat kereta Mini Cooper and kereta ape tah satu lagi. Dua-dua kecik gila. (Saya tak nak Mini Cooper! Wek.) Macam sardine duduk 5 orang satu kereta. Nasib baik semuanya perempuan. Kecik-kecik lah jugak kan except saya. Macam gajah. Haha. Kutuk diri sendiri. Ilham Ainaa yang bawak kereta yang saya duduk. Mula-mula memang agak nervous lah jugak sebab Ainaa tak biasa bawak manual. (owh ye. Lupe nak mention yang kereta ni manual) Jadi asyik mati enjin je tengah jalan. Saya dah cuak. Bila kat bukit. Saya cuak lagi. Saya rasa memang hilang darah kat muka bila saya cuak-cuak ni. Jadi kesimpulannya, saya duduk je senyap-senyap kat belakang, biar orang lain yang do the work. Kalau tak saya jerit. Farah co-pilot. Jadi dia lah yang paling banyak kena tolong Ainaa. Tarik emergency handbrake especially! 

Sepatutnya kereta Ainaa ni patutnya follow kereta Ami, tapi terlepas. Dah lah kereta Ami je yang ada TomTom. Jadi, memang lama lah kitorang sesat-masat. Of course lah kitorang akan suro kereta Ami yang locate and selamatkan kitorang kan sebab kitorang takde GPS. Banyak habis masa kat sini je lah hari ni. Dalam tengah-tengah tunggu ni, boleh nampak jugak lah kehidupan di Spain ni. Yang saya perasan, orang sini suka HON. Bawak kereta slow sikit HON. Jalan mabuk-mabuk sikit HON. Memang macam Malaysia. Haha. Bandar Madrid ni pulak macam KL. Banyak gila kereta. Banyak gila orang. Banyak gila jalan. Jalan pun berselirat. Pening. Yelah. Dah nama capital city of Spain kan. Dengan sign board bahasa alien. Dengan bila tanya direction kat orang, orang cakap bahasa alien. Dengan orang pandang kitorang pakai tudung macam alien. Memang jiwa alien lah kat sini. Adventurous lah travel tempat alien.
Saya tengah cuak lagi ni. Nanti lah saya tulis lagi. Sekian.

Regards,
efi yang tengah cuak

Wednesday, April 7, 2010

Spain Part 1




Salam


Hari ni tidur rumah Kak Siti kat North Greenwich, London. Kak Siti and family dia dah bertapak kat UK ni sejak 1998 lagi. Bayangkan lah betapa lamanya dia dah duduk UK ni. Memang bestlah. Rasa sangat terpegun dengan orang-orang yang buat family kat sini. Nak jugak! Ahah..Gediknya.

Hari ni kena pergi Charing Cross dari North Greenwich untuk pergi ke rumah salah sorang ahli rombongan Cik Kiah ke Spain ni.Nak sort out bag katanya. Tak kesah lah. Sort lah ape-ape. Saya ikut je. Bayar je berapa yang disuruh and buat je apa yang dikata. Senang kan hidup saya? Saya serious da exhausted kot setelah 2 minggu lebih bercuti and travel seluruh Ireland and UK.

After dah sort out bag, baru nak gerak ke Fulham Broadway untuk pergi naik bas ke Gatwick Airport. Then, barulah leh terbang ke Madrid. What a journey! Uuuuuuuu..penat penat. Harap semuanya berjalan lancar tanpa apa-apa aral melintang. Sedihnya bila rasa tak complete hidup pergi jauh-jauh. Separuh hati macam rasa seronok nak berjalan but the other bigger part rasa sangat sayu sebab terpaksa meninggalkan my other part. Uhuk. Tolonglah efi. Jangan gedik and emo sangat. Sori.

Itu jelah hari ni. Sampai Madrid pukul 3 pagi waktu sana.


Sekian.

Regards,
efi

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts