Tuesday, August 10, 2010

keropok malinja

Masa: Sehari sebelum bulan Ramadhan

Aktiviti:

Bangun pagi, sidai baju, bukak TV, mandi and duduk dpn TV. malas nak breakfast. Saya pun capai je lah keropok malinja yang saya goreng semalam. Bila fikir-fikir, saya rasa mesti ramai yang tak tau pasal keropok ni. Saya panggil "keropok pahit". Sebab rasa die mmg pahit! hehe. Dah tahu pahit, kenapa suka makan jugak? Saya pun x tahu. Maybe sbb saya suka makan. Bagi ape pun, saya telan je. :D

Nak tengok macam mana rupe die x? ni ha bawah ni:


Saya selalu makan keropok ni time saya duduk rumah nenek kecik2 dulu. Huhu. Satu bekas besar nenek saya goreng selalunya. Mak saya pun kata die start makan keropok ni kat rumah nenek dulu. Lepas tu, bile mak saya jumpe keropok ni dijual, die pun beli lah kadang-kadang. Tapi keropok ni jalan nya lambat sikit. Lambat nak habis la maksudnya. Hehe. Sebab rase die lah kot : Pahit!

Mane asal keropok ni ye. Saya pun x sure. Tapi mak saya kata asalnya, dari buah Malinja. Daripada buah tu, die penyek-penyek kan and buat keropok. Yeke? Haha. Tapi lebih kurang camtu lah. Nak baca selanjutnya kat sini ye:

buah malinja

Sekian sahaja post ini. Saya nak sambung makan keropok. hehe. Langsung tak sihat saya ni. Makan je keje.

1 comment:

hardisk said...

amboi terus buat post =p

hehe thx 4 d input

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts