PMS. Kalau kat UK ni, PMS memang femes lah. Daripada Pre-menstrual syndrome sampailah Perhimpunan Musim Sejuk IKRAM. Tapi untuk entry ni, nak cite pasal syndrome2 piyed (period) lah. Seperti yang semua sedia maklum, piyed ni takdak la kat laki. Why? Because lelaki takde ovaries, derang ade penis. opps! macam dah makin lucah dah entry ni. ok2. Back to the point.
Actually, saya ni nak cite pasal petanda-petanda piyed (PMS). Dalam banyak-banyak petanda tu, saya nak pilih satu je. Untuk kamu-kamu kaum hawa, ada tak yang selalu sakit-sakit perut (abdomen) semasa atau sebelum piyed? In other words, nama die period pain lah. Kalau saya personally, saya memang jenis yang period pain. Setiap bulan merana guling guling masuk bawah katil dalam bathtub dan dapur menunggu air masak sebab sakit. Saya tak suke period pain. Sebab ianya memang sangat sakit! oklah. Mungkin berbeza untuk semua orang. Kalau pakai SOCRATES, S for severity tu, memang saya letak 8 over 10 la. Untuk orang lain, mungkin letak 4 je over 10. huhu
Saya pun penah dengar orang cakap, period pain ni takdelah sakit sangat. Tapi saya kadang-kadang menyampah tak gemar dengan orang yang buat statement camni. Selalunya mereka yang cakap ni bukan ada pengalaman pun period pain. Sebab tu dia taktau camne sakitnya. Dahlah tengah emo-emo period ni kan. Dia nak menafikan lak kesakitan orang yang period pain, macam saya. Ni bukan ditujukan kepada mana-mana pihak ye. Ni hanyalah contoh. hehe.
So, macam mana nak manage pain ni ye? Untuk saya, macam-macam cara dah saya try. Daripada letak air panas dalam hot water bottle sampai lah ke makan mefenamic acid aka pain killer untuk menyahkan kesakitan itu. Yang berkesan dengan jayanya untuk saya hanyalah pain killer. huhu. Tu pun ambil masa dalam 2 jam jugak baru nak take effect. haiyo. Lambat kan. Dah kena marah dah sebab ambik pain killer everytime piyed. Saya pun risau jugak, tapi after consult dengan doctor, sebenarnya, it is not that bad. Makan setakat 4-5 biji sebulan would do not much harm. Kalau ikutkan saya, memang saya hentam je asalkan kurang sakit dan tak ganggu perjalanan hidup ku yang haru-biru ini. Cuma, yelah, asyik kena tahan telinga je orang nasihat tak elok makan lah, tahan je lah sakit tu belum beranak lagi... haih... internal conflict tau dak.
hot water bottle. saya beli kat Primark je GBP5
camnilah contoh cara pakai dia
contah pain killer (mefenamic acid) orang Malaysia panggil ponstan
Lastly, saya buat kesimpulan. Saya makan jugak! wahaha. Tu pun if saya betul-betul tak tahan la. Bila dah asyik ponteng kelas je sbb tak tahan sakit, memang tak bagus la kan. Tak kan setiap bulan pun nak cuti-cuti Malaysia. haha. Macam pelajar terbaik SPM lak semangat sangat nak gi kelas. Bagi saya, banyak lagi pun cara yang boleh harm badan kita, macam buah pinggang, bukan setakat makan pain killer je. hehehuhuhuhihihi..
Oklah. Dah habis dah emo pasal period pain. Nak sambung guling dalam duvet. Babai
xx




No comments:
Post a Comment