Tu tajuk di atas tu semata-mata dibuat untuk ingat diri sendiri bahawasanya saya dah bertunang, bukan olok-olok macam main kawen-kawen tu ye. Ni memang sah nye tunang. Disebabkan saya ni dah makin hebat lupa benda-benda, patutlah jugak kot saye buat entry ringkas pasal hari engagement sy yang dah berlalu 3 bulan tu. hew hew
Daripada saya merepek je bek saya letak skit-skit lah kot gmbar-gambar di hari kejadian. Ni sume gambar adik-adik kesayanganku yang amek ni. Nampak pro sungguh kan. Tak perlu dah nak hire photographer. eceh. Bajet puji adik. Padahal dah kene jerit dah dgn along "tu salah tu. setting salah tu. jangan gune flash!!" oh sungguh tak sopan. tapi ye la. adik beradik bukan mmg gitu ke. ahaks. Yang penting majlis yang sangat ringkas ni selamat lah diadakan. Cincin pun dah kat jari.
Ni gmbar sebelum orang serbu rumah
Ni angkatan keluarga belah lelaki
Masing2 dok pakat pakai baju merah
So nilah dia, cincin selamat disarungkan
Cium tangan sikit hihi
Dengan adik beradikku muahxx
Sekeping lagi. aaa. rindunye rumahku syurgaku
Harapnye, hubungan kami selamat tanpa bencana taufan katrina atau salmah. Meskipun kami selalu bertengkar macam anjing dan kucing (saya kucing comel, dia comel gak :p), tapi kami selalu je baik-baik lepas tu. Hobi kami memang nak cari sape pemenang pertama dalam setiap benda. Masalah sungguh kan. Ok2. Tu je. Yang penting, kami bahagia. kiki
Sekian sahaja. Post ini didedikasikan kepada diri sendiri sempena masuknya umurku yang ke 22 (sekarang pukul 12am kat Malaysia, tapi 5pm kat UK). So kira waktu Malaysia la. Thank you mama for everything. For sume-sume ni. Walaupun mama sangat letih kerana terpaksa keluar setiap petang dengan efi untuk siapkan majlis ni, tapi mama buat jugak. oh terharuu. Disebabkan tu, efi sangat suka majlis tunang efi. hehe
Happy birthday to me :)
efi xxx
link gambar hantaran










No comments:
Post a Comment