Monday, July 18, 2011

Engagement day

Salam,

Date: 14 July 2011

Tinggal 2 hari lagi before majlis pertunangan. Check list sume dah almost siap. Penat sungguh rasanya menguruskan pertunangan. Ingatkan nak buat yang biasa2 je. Rupanya, banyak jugak benda-benda lain yang tak ku ketahui selama ni wujud dalam adat bertunang. haih. adat...adat...nasib baik adat ni family suruh ikut. kalau takde orang suruh, memang x rajin la nak buat.

Antara benda2 yang baru je tahu ialah;

  1. Majlis pertunangan kene jemput sidang dan imam kampung/bandar. 
  2. Kalau rumah kecik macam saye ni, kene lah buat 2-3 khemah kalau ramai orang datang.
  3. Kalau ber-bakalkan orang dari Kelantan/Terengganu, get ready je la orang datang duyun-duyun family je haha
  4. Siapkan set katil untuk upacara sarung cincin
  5. Hantaran mesti jumlah ganjil, cth cam saya, 9 berbalas 7. Belah perempuan bagi 9, lelaki bagi 7.
  6. Rupanya, time bertunang ada gak orang bagi dah separuh duit hantaran. oooo ni memang baru tahu. Tapi cam kes saya, malehla. Sume siap untuk kawen je la nanti.
  7. Makanan ni kene get ready lebih2 skit, takut jugak tak cukup
  8. Things are expensive now T.T
Serious namau susahkan mak ayah sebenarnye untuk majlis tunang ni. Kalau boleh nak kecik2 je, setakat jamu minum teh, then sarung cincin. Tu kire official gak kan. Tapi apakan daya. Pengaruh keluarga ni kuat jugak. Kang tak buat, ada yang cakap2. X best lak.

That's it for now :)



No comments:

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts