Saturday, April 17, 2010

Kota Al-Hambra (Granada)




Fountain faymes al-hambra

Salam

Kota Al-hambra sangat besar dan cantik. Memang berbaloi membayar 13 euros. Untuk betul-betul menikmati Kota Al-Hambra ni, diperlukan sekurang-kurangnya satu hari jugak la. Approx 5-6 jam. Sangat-sangat besar. Kota ni actually terbahagi kepada 3 bahagian. Al-Cazaba, An-Nasrid dan GeneralLife. Untuk Al-Cazaba (Pertahanan), boleh tengok kemegahan tembok kota ni. Dengan tower nye yang sangat tinggi, boleh bayangkan macam mana orang dulu berperang. Macam dalam game. Dengan archeries kat tembok. Haha. Tapi disebabkan Kota Al-Hambra yang dahulunya kepunyaan orang Islam kemudian telah ditawan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabel, kat puncak bangunan ni ada satu monument peringatan untuk diorang je. Tapi monument peringatan untuk orang Islam takde pun.

Bahagian Nasrid pulak ialah bahagian yang paling famous untuk Kota Al-Hambra ni. Kalau tengok video-video Al-Hambra, yang ada air pancut dengan singa tu..haa.. ada kat bahagian ni lah. Namenye the courtyard of lions. Yang uniknya pasal air pancut ni ialah, bila masuknya waktu solat, mulut singa-singa ni akan keluarkan air untuk bagi orang amik air sembahyang. Mengikut cakap-cakap orang, katanya, air pancut ni ikut timer jam matahari. Orang bukan Islam ramai yang tertarik dengan cara air pancut ni berfungsi sehinggakan diorang telah pun mengorek air pancut ni untuk tengok cara die berfungsi, tapi malangnya, sampai sekarang pun diorang tak tau cane air pancut ni beroperasi. Bijak kan orang Islam? Dalam An-Nasrid ni jugak, setiap dinding, tembok dan segalanya ada tertulis “LaGhalibu Illallah” yang membawa maksud tiada yang berkuasa melainkan Allah. Ayat ni ada die setiap sudut, setiap bahagian daripada bawah sampai ke ceiling! Begitulah hebatnya kecintaan pemerintah pada masa itu pada Allah sehinggakan walaupun beliau telah berjaya membina kota se-gah ni pun, beliau masih rasa tawaduk dan mengakui bahawa kekuasaannya takdelah semegah mana jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah itu sendiri.

Kata-kata "La ghalibu ilallah"

Dalam bahagian General Life pulak, yang paling best, ada banyak sangat pokok oren! Pokok oren berlambak-lambak sampai setiap kali kitorang tengok pokok je, keinginan untuk panjat pokok and amik oren tu sangat meluap-luap! Haha. Kelakar kan. Ni lah namanya orang Jakun. Yes. Memang Jakun. Kat kawasan General Life ni actually penuh dengan garden dengan orchard. Banyak bunga, pokok, fountain, ukiran2, memang sangat cantik. Beribu-ribu gambar lah kirenya boleh diamik kat kawasan ni je. Sebab memang cantik.

Pastu, pasal cuaca. Memang best! Time kitorang datang la. Sebab panas terik tapi suhu tak tinggi sangat. Dalam 22-23 Celcius je. Best kan. Saya especially sangat bahagia sebab serik dengan suhu UK yang sejuk je lah memanjang even tho dah spring season. Hehe. Suke nye dekat cuaca Spain. Then pasal bahasa, better hafal je lah ayat-ayat penting macam “berapa harga?” aka “Quento?”. Camtulah sebab berguna sangat.Lagi better kalau hafal sekali ayat macam mana nak mintak diskaun! And penting gak macam mana nak tau makanan tu halal ke x. Ni sangat berguna time nak beli aiskrim. Hehe.

Dalam Al-Hambra, dinasihatkan pakai sport shoes sebab banyak sangat berjalan. And curi masuk makanan banyak-banyak sikit dalam beg. Sebab nanti lapar susah. Curi-curi makan lah nanti dalam tu. Nasib baik jugak dalam kota ni banyak water cooler. So, air memang xde masalah sangat. Macam kitorang bergantung hidup dengan kacang je. Memang lapar. Balik tu, terus bantai kebab. Aha. Granada banyak makanan halal. Especially kat bahagian Al-Baycinth. So, xde masalah sangat. Sedap je pun. Kebab tetap rasa kebab. Burger tetap rasa burger. Bezanya, meal die xde chips je. Haha.

Oklah. Setakat ni je untuk Al-Hambra. Special kot. Sebab tempat ni best sangat. Tu dapat post best. Hehe.

Regards,
efi

No comments:

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts