Sunday, August 14, 2011

Pakej Pengantin Melaka

Salam,

Walaupun majlis macam jauh lagi, tapi keluarga sume dah suruh buat persiapan awal-awal. Takut tahun depan tak menyempat-nyempat pulak nak buat. hehe. So, lepas survey-survey dalam internet pasal pakej pengantin or pakej andaman kat Melaka ni, memang tak dinafikan banyaklah jugak choicenye. Cuma harga je lah tak tau macam mana lagi. Ada yang mahal, ada yang murah tapi senang kata, semua cost-cost ni bila campur tolak sume akan jadi lebih kurang je lah. 




Antara kedai andaman yang saya terjah ialah kedai andaman Sayang Creation. Kedai ni takde dalam blog, website or whatsoever. Saya tau pun bila lalu nak pergi kedai spa Ayuthaiya yang sebaris dengan kedai ni. Kedai ni betul-betul dekat hujung King's Hotel Melaka (berdepan dengan Hospital Pantai Ayer Keroh). Kedai ni kat tingkat dua. So, kene lah memanjat sikit naik ke atas. Bila masuk je, memang banyak betul baju liplap liplap kedai ni ada. Rugi pulak takde website. hehe. Pak Mus (owner kedai ni) dah lah mesra jugak. Harga pakej dia kata jujur mungkin mahal sikit daripada orang lain kat Melaka tapi takdelah sampai rate KL. Tengok album-album kerja kahwin dia buat, memang banyak lah orang-orang VIP Melaka yang dia selamat buat. Pak Mus ni pun dah buat kerja andaman sejak dia umur 18 tahun. Sekarang dah 50++. Artis-artis pinjam baju pun kat dia. Sebab baju dia memang cantik lah. ^.^

Antara benda yang dia boleh offer macam 'Majlis Dewan':

1 set Pelamin Dewan
1 set Hiasan Meja Pengantin
6 Piller
1 Pintu Gerbang
Sepasang baju sanding
Sepasang baju potong kek
1 kali solekan

RM4000 (atau)

'Pakej Zamrud'

Sepasang baju berinai (malam)
Sepasang baju persalinan
3 kali solekan
6 Persalinan
Pelamin terkini
Hiasan tabir bilik pengantin

RM 2500

Boleh tahan la jugak kan. Pak Mus ni pun boleh recommend kawan-kawan catering dia RM 9 pax. Yang dia recommend dia kata insyaAllah semuanya ok sebab dia takkan recommend yang bermasalah nye catering huhu.



                                                                      Gambar blur-blur sikit lah

Compared dengan satu lagi kedai ni, nama dia Ilham Galeri kat Taman Merdeka Permai. Kedai ni saya jumpa kat website ni . Owner dia sepasang suami isteri. Yang saya jumpa time tu isteri dia, Kak N. Kak N ni memang peramah. Dia explain pakej dia memang satu-satu lah. Dia ada full package and catering. Kira macam:

Khemah Arabian 4x (1 khemah utk Makan Beradab)
D.J
Kompang
Jurufoto dengan 80 gambar 4R and CD
Pelayan Lelaki (untuk cuci pinggan, angkat lauk etc)/ Perempuan (tolong cedok lauk)
Sajian hidangan untuk makan beradab
Persiapan tisu & plastik sampah

Makan Nasi Minyak, ayam masak merah, daging kurma, dalca, paceri nanas, buah limau and air kordial (1000x pax)

RM16000

Sekarang bulan Ramadhan, dia promo 1 pax: RM 14= total RM 14000

Tapi ni tak termasuk Pakej pelamin and baju semua lah. Pakej tu harga dia (ada 3 Pakej). Yang saya berminat:

Pakej C
1 set pelamin
4 Persalinan p
Sepasang songket L@P
Sepasang lace L@P
Aksesori L@P
Bantal Nikah
2x Makeup
Alatan Renjis
Pintu Gerbang
Karpet Merah
1 Set bilik tidur (tabir, cadar, bunga)

RM3,599

So, kene lah pikir abis-abis dulu. Takpelah. Ape-ape pun kena book dewan dengan Majlis Bandaran dulu ngan tengok prosedur nak daftar nanti. Kena ada sijil la apa lah, ingatkan dah ada sijil kahwin je dah cukup. Nasib baik kat Kolej MARA Banting dulu dah buat kursus kahwin ;D

Itu sahaja.

Selamat Berbuka

p/s: baru beli durian for the first time hari ni XD (beli cempedak jugak nak buat cempedak goreng hihi)




Friday, August 12, 2011

Italy: Rome Tour

Salam


"Rome is not built in one day"

Now, Part 2 is about us in ROME! hoyeah. The most famous city in Italy, followed by Milan << note that the ranking is made by me. haha. I like Rome more because of the beautiful and magnificent architectural they got there. So, sekarang jom tengok tempat apa yang kami telah ronda.

Ronda-ronda kota raya

1. Vatican City

First skali kitorang pergi Vatican City. For your information, Vatican city is another country in Italy. Saya rasa the smallest country in the world, yet the richest among all. Disebabkan Vatican city ni ialah the sacred place for Christian, mimicking Kaabah the sacred land for muslims, so mereka, Christians ni pun buat jugak lah very the beautiful and gigantic church there. Memang sangat besar and bergemerlapan la church kat situ. Nak masuk pun kena check badan macam kat airport. Serious mereka jaga la tempat ni. Tapi if tengok betul-betul, most of the priests kat sana banyaknye orang Filipino :s (ingatkan paderi-paderi ni orang putih je)


Our room in Rome

Tiang besar sekeliling Vatican City

Guard church yang stailo

 Ceiling church yang tingggiiiii

Para priests

In front church

Church in Vatican City

2. Colosseum

Let's be a Gladiator!! I think Colosseum is self explanatory dalam buku sejarah. Saya rasa malas nak cerita sejarah-sejarah die. haha. I just want to highlight harga masuk sini je. The entry price to this wonder of the world is 28 Euro. Tapi xtaulah kalau lain. Ni seingat saya je. Sebab time kami datang Italy tu, one week sume historical city and bangunans mereka adalah free kemasukannya. Sume sebab next week tu Independence Day diorang. Best memang best, tapi cons dia ialah construction untuk memelihara these artefacts di mana-mana. haha. And note that kalau nak jalan-jalan with guided tour, harga die tambah mahal lagi lah ye ;)

One more, area-area outside Colosseum ni kalau perasan penuh dengan bangla-bangla jual scarf la, keychain la, and murah-murah lak tu. Ada jugak rasa tergoda nak beli tu nak beli ni, tapi time tu macam moody-moody skit so malas beli ape-ape. haha. Bile pikir-pikir rugi jugak XD Yang hebatnya pasal bangla-bangla ni ialah diorang ni memang bijak berniaga. Time panas, dia pandai jual scarf la, air la, then bila tiba-tiba hujan (soo UK's weather), tiba-tiba dia hilang and datang balik jual payung lak. ahaks! 

Tak dinafikan souvenir-souvenir kat Rome ni memang murah la. Monument-monument batu yang comel sume dalam 1 Euro and Fridge Magnet pun dalam 1.50 Euros. Kalau t-shirt 'I love Roma' pun dalam 5 Euro je. Murah kan?




Outside Colosseum


Inside Colosseum

Mamat mintak duit kalau amek gambar dengan dia

Our tour guide

Part Colosseum yang hancur and dibina semula oleh pope

3. Roman Forum (LatinForum RomanumItalianForo Romano)

Ni ialah plaza berbentuk empat segi yang penuh dengan ancient buildings. Sebelah je pun dengan Colosseum. Tempat ni memang besar la. Luas mata memandang from bukit yang agak tinggi. Nak menghabiskan jalan tempat ni memang memerlukan 3-4 jam jugaklah. Kalau takde jam nak rekod masa berjalan pun takpe coz anda akan tahu banyak sungguh perjalanan anda bila kaki sudah mula sakit-sakit and sengal. ahaks! >.<

Nak tau lebih lagi pasal tempat ni, boleh wiki. 

















 4. Fountain of Trevi

Jom campak syiling dalam air! Fountain ni rasenya feymes dalam cerita hillary duff. Cerita apa lupa dah. Tapi harus lah melawat tempat ni bila kat Rome. Magnificent air pancut dia. Seronok bila tengok. haha. Actually teringin gak nak baling coin dalam fountain tu, tapi sebab ramai sangat orang and licin tepi-tepi dia sebab hujan, so terpaksalah cancel je niat di hati. huhu. By the way, it feels so good to have a slice of pizza and gelatos semasa berjalan-jalan di sini. ;D



in front of Fountain of Trevi

fountain penuh orang

usya~

scooter

5. Pantheon

Ni antara bangunan feymes dalam buku sejarah kerajaan tingkatan 4. Betul tak? hehe. Sekarang dah jadi church. Tapi before ni pun temple. So presevation dia memang remained until now. Hebat tak hebat orang-orang Eropah ni ialah kejayaan diorang untuk kekalkan bangunan yang dibina lama dulu ; AD 119-128 for Pantheon dengan sangat cantik and ori. Maybe ade la wear and tear kat mane-mane tapi pro la jugak diorang cover balik. hehe. Kami tak masuk pun Pantheon ni sebab rasa puas dah masuk church kat Italy ni :s

Rasanya nak masuk pun kena bayar lagi. hehe



Pantheon


Penat jalan dah (depan Pantheon)

On the way balik (dalam train station)



efi


Wednesday, August 10, 2011

Italy: Venice Tour






VENICE
Salam

Last spring, my partners-in-crime and me went to ITALY! Kami pergi naik Ryan Air from Leeds/Bradford Airport to Venice Airport. From airport nak gi Venice yang macam pulau tu agak lame lah. Sebab Venice town tu jauh lagi. So, kami naik bas ke sana. Adalah dalam 40 minit jugak. hehe

my partners-in-crime

stesen bas

Venice memang cantik lah. Takleh lawan. Sebab kat sini takde kenderaan darat langsung. Takde pencemaran udara. Yang ada pun pencemaran air la of coz because the main mode of transportation kat sini of coz, boats and small cruises.

boat-boat yang banyak

from the bridge

pam isi minyak kapal

Bila orang kate Venice ni bandar yang romantik, honestly, tak tau ape yang romantiknya kat sini. ahaks! Sebab sini macam sunyi sepi jugak even though ramai orang. Takde tempat shopping ape. Ade satu je wet market kat sini. Jalan sempit-sempit. So, kira memang sangat aman damai la. Maybe tu yang orang kata romantik kot. Dah lah accommodation sini mahal gila. Hotel pun dah Euro40 sorang per night. Tu pun dapat yang macam agak cikai je. haih. Kalau nak best-best, memang mahal giler lah kot. T.T

wet market


So, as tempat honeymoon kat sini? teeet. Namau sebab bosan and mahal! haha. Tapi kalau beli souvenir kat sini murah jugak. Cam magnet-magnet boleh dapat dalam 1 euro. Kat sini pun banyak jual mask for masquerade gitu. Ala-ala anggun bergaya punye. Memang tu tarikan utama nye kat sini kot. Sebab tu lah banyak jual and nampak pun sangat intricate buatannye. hehe


mask


kedai masquerade

Kat sini, kami makan kat kedai-kedai Pakistan/Arab yang halal-halal belaka. Makan kat sini memang tak dinafikan paling murah dalam Italy. Cubelah round-round kat Venice ni, memang byk restaurant yang halal. Kalau tak halal pun cari je pizza Margerita (pizza tomato+cheese) yang non-alcohol. Confirm ok. Makan time  panas-panas memang sangat masyuk. hehe. Harga pizza adalah dalam 2 Euro per slice yang paling murah :) Aiskrim or known as gelato kat sini pun best! tu yang feymes rasenye kat Italy ni.


range of gelatos


harga nya...


makan gelato

Kami tak pergi ada satu island ni, yang ada banyak bangunan kaler-kaler warna warni sebab penat sangat. huhu. Tu je lah kot. Nanti sambung pulak kat Part 2.





efi

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts