Sunday, August 14, 2011

Pakej Pengantin Melaka

Salam,

Walaupun majlis macam jauh lagi, tapi keluarga sume dah suruh buat persiapan awal-awal. Takut tahun depan tak menyempat-nyempat pulak nak buat. hehe. So, lepas survey-survey dalam internet pasal pakej pengantin or pakej andaman kat Melaka ni, memang tak dinafikan banyaklah jugak choicenye. Cuma harga je lah tak tau macam mana lagi. Ada yang mahal, ada yang murah tapi senang kata, semua cost-cost ni bila campur tolak sume akan jadi lebih kurang je lah. 




Antara kedai andaman yang saya terjah ialah kedai andaman Sayang Creation. Kedai ni takde dalam blog, website or whatsoever. Saya tau pun bila lalu nak pergi kedai spa Ayuthaiya yang sebaris dengan kedai ni. Kedai ni betul-betul dekat hujung King's Hotel Melaka (berdepan dengan Hospital Pantai Ayer Keroh). Kedai ni kat tingkat dua. So, kene lah memanjat sikit naik ke atas. Bila masuk je, memang banyak betul baju liplap liplap kedai ni ada. Rugi pulak takde website. hehe. Pak Mus (owner kedai ni) dah lah mesra jugak. Harga pakej dia kata jujur mungkin mahal sikit daripada orang lain kat Melaka tapi takdelah sampai rate KL. Tengok album-album kerja kahwin dia buat, memang banyak lah orang-orang VIP Melaka yang dia selamat buat. Pak Mus ni pun dah buat kerja andaman sejak dia umur 18 tahun. Sekarang dah 50++. Artis-artis pinjam baju pun kat dia. Sebab baju dia memang cantik lah. ^.^

Antara benda yang dia boleh offer macam 'Majlis Dewan':

1 set Pelamin Dewan
1 set Hiasan Meja Pengantin
6 Piller
1 Pintu Gerbang
Sepasang baju sanding
Sepasang baju potong kek
1 kali solekan

RM4000 (atau)

'Pakej Zamrud'

Sepasang baju berinai (malam)
Sepasang baju persalinan
3 kali solekan
6 Persalinan
Pelamin terkini
Hiasan tabir bilik pengantin

RM 2500

Boleh tahan la jugak kan. Pak Mus ni pun boleh recommend kawan-kawan catering dia RM 9 pax. Yang dia recommend dia kata insyaAllah semuanya ok sebab dia takkan recommend yang bermasalah nye catering huhu.



                                                                      Gambar blur-blur sikit lah

Compared dengan satu lagi kedai ni, nama dia Ilham Galeri kat Taman Merdeka Permai. Kedai ni saya jumpa kat website ni . Owner dia sepasang suami isteri. Yang saya jumpa time tu isteri dia, Kak N. Kak N ni memang peramah. Dia explain pakej dia memang satu-satu lah. Dia ada full package and catering. Kira macam:

Khemah Arabian 4x (1 khemah utk Makan Beradab)
D.J
Kompang
Jurufoto dengan 80 gambar 4R and CD
Pelayan Lelaki (untuk cuci pinggan, angkat lauk etc)/ Perempuan (tolong cedok lauk)
Sajian hidangan untuk makan beradab
Persiapan tisu & plastik sampah

Makan Nasi Minyak, ayam masak merah, daging kurma, dalca, paceri nanas, buah limau and air kordial (1000x pax)

RM16000

Sekarang bulan Ramadhan, dia promo 1 pax: RM 14= total RM 14000

Tapi ni tak termasuk Pakej pelamin and baju semua lah. Pakej tu harga dia (ada 3 Pakej). Yang saya berminat:

Pakej C
1 set pelamin
4 Persalinan p
Sepasang songket L@P
Sepasang lace L@P
Aksesori L@P
Bantal Nikah
2x Makeup
Alatan Renjis
Pintu Gerbang
Karpet Merah
1 Set bilik tidur (tabir, cadar, bunga)

RM3,599

So, kene lah pikir abis-abis dulu. Takpelah. Ape-ape pun kena book dewan dengan Majlis Bandaran dulu ngan tengok prosedur nak daftar nanti. Kena ada sijil la apa lah, ingatkan dah ada sijil kahwin je dah cukup. Nasib baik kat Kolej MARA Banting dulu dah buat kursus kahwin ;D

Itu sahaja.

Selamat Berbuka

p/s: baru beli durian for the first time hari ni XD (beli cempedak jugak nak buat cempedak goreng hihi)




3 comments:

iman ka said...

peningnyaaaaa nak fikir pasal preparation kahwin huuu T.T at least bab pilih calon dah lepas :p

semoga dipermudahkan segalanya efi :)

hardisk said...

banyaknye duitttt. kawin kt siam je taleh kee :p

eyfie said...

@iman: pening. lagi2 bila mak ayah suruh prepare sendri. insyaallah. yang penting selamat akad je kihkih

@izzat: duit terbang begitu sahaja. wee~

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts