Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Suka

Salam



Hari ni bersambung lagi saya nak merepek. Haha. Selame ni saya asyek dok bace ciri-ciri perempuan idaman la, ciri-ciri wanita yang layak jadi bakal isteri lah, tapi tak banyak pun yang cerita pasal lelaki jenis macam mana yang perempuan nak! So, saya pun rasa mcm gatal tangan la kan nak tulis pasal isu ni. Bukan ape, nak bagi guide je kepada para lelaki sana, daripada dok mencari perempuan perfect untuk anda. Apa kata anda dulu yang perfekkan diri anda tu. Hehe. Tak salah kan improve kan diri. Orang tengok pun senang hati. Therefore, tanpa membuang masa, saya nak lah berkongsi apa yang saya sebagai perempuan cari dalam diri seorang lelaki idaman kami. 

Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Suka

1. Agama. Sebagai seorang yang beragama Islam, of course agama lah yang jadi perkara pertama yang kami pandang.  Ni kira ciri penting dlm mencari lelaki yang sesuai dibuat suami! Tapi still taste kami ni berbeza-beza. Ada perempuan yang suka lelaki yang sangat-sangat mendalami agama. Ni kira yang cop para imam, ustaz dan mereka-mereka yang kelihatannya warak dan alim.  Ada jugak yang suka yang sedang-sedang je. Ade jugak yang suka diam-diam ubi berisi. Maknanya nampak biasa tapi hebat pengetahuannya. So, it depends gak la. Bak kata orang, "rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain". Tapi seharusnya, laki yang kureng bab agama (yang tak jage sembahyang, tak puasa and etc) memang selalunya dapat tempat terbawah la dalam list what-we-want-in-a-guy ok!! Takde maknenye kalo setakat hensem, kaye tapi x smbhyg. Tak bawak ke mati abang oii bnde tu sume. Kalo diri sendiri tak terbimbing, kami ni macam mane kan. Lagilah hanyut. Huhu. So, saya pangkah (X)

2. Bijak. Rata-rata saya tengok kawan saya termasuk sy sendiri, sume of course nak lelaki yang bijak. Kalau boleh lagi bijak dari kami la. Kenape? Barulah kitorang boleh respek lebih. Hehe. Sape tak nak kan kalo laki kita power gile jawab maths ke, fizik ke. Barulah boleh kagum sambil mulut ternganga lagi tengok die jawab soalan killer maths yang kompleks gile tu. Ok. Takpun, tgk betape hebatnye die sebut penyakit dalam bahasa saintifik yang super panjang dalam satu nafas je (Bagi saya, tu sangggaaatt HOT) haha. efi dah tak waras. 

3. Cool. Dengan kata lain, kami suka gila lelaki yang tenang and penyabar. Sape je yang suka orang yang kabut and kalut kan. Haha. Even saya sendiri pun kabut gk kadang-kadang. Tapi yelah, biase perempuanlah yang banyak dok fikir itu ini smpai nampak pun mcm tak btol da. So, lelaki lah yang kene tenangkan die. Barulah complement. Sweet x? Eh. Tapi ni tak bermakna lelaki tu boleh berlagak cool sampai nampak pun macam jenis yang tak amek kesa. Spesies ignorant ni satu masalah gak. Masalah besar sebenarnya. Untuk saya, memang saya tak suka lah. Lelaki tu jadi macam tak caring lak kan.

4. Penyayang. Hoho. Ni obvious. Bak dalam previous post saya, semua perempuan hanya mencari perasaan disayangi sepenuh hati oleh seorang lelaki. So, of coz la ciri ni yang paling paling utama yang kami cari! Bonus kalau die suka budak kecik gak!! Kenape? Sebab maknanya die berpotensi untuk menjadi ayah yang baik untuk anak-anak kami. Lagi bonus? Kalau die pun sayang pada orang tua. Tu maknanya dia memang jenis yang super penyayang. Lelaki macam ni memang rebutan ramai la. And of course, nampak hot jugak di mata saya.

5. Setia. Saya rasa sape je yang suka lelaki yang tak mampu untuk setia. Betol x? Dalam setiap hubungan, semua orang sure berharap untuk kekal hubungan tu sampai bila-bila. So, if lelaki tu jenis yang tak sah kalo takde spare tyre atau dengan kata lain, orang ketiga, memang lah kami perempuan akan banned sampai bila-bila. Siap dah kami pesan pada kengkawan, keluarga serta sanak-saudara untuk jauhkan diri dari lelaki kasanova camtu. Huhu. Tak sanggup bermadu, dimadu, dicerai dan ditinggalkan. Saya cakap macam ni pun based on experience lah. Selalunya ending untuk orang kasanova ni memang hidup die keseorangan sampai mati. Kalau tak keseorangan pun, selalunya takde sape yang sayang die lah in the end. Wallahualam. 


hehe. Saya mampu senaraikan 5 je ciri hari ni. Nak sambung lagi in the next post. Semoge coretan ni dapat membantu para adam untuk telek diri kat cermin nung. Toksah lah dok mengharap yang super perfek kalo diri pun tak seperfek mane. Jangan mare. :P

p/s: Actually human is perfect in his imperfection. Who did that? It is someone called Love. 


Regards,
efi





2 comments:

anish said...

sukaaaa!! :D smoga efi dpt jodoh yg baik! :)

efi said...

thank youu! hehe. insyaAllah aminnn
!!!! hehehe