Tuesday, August 31, 2010

Kucing beranak?

Salam

Hari tu kucing saya beranak. Nak tengok x?



Nampak tak baby kucing tu? Penuh lagi lendir and darah kat badan die. Si Coklat ni tengah nak beranakkan lagi sekor. Tu die jilat2.




Finally, lahirlah 2 ekor anak kucing comel. Sekor putih, sekor hitam tompok coklat. Comel! 

Hehe

:)

Hate me for who I am



I am not pretty
I am not genius
I am cold
I am clumsy
I am such a jealousy
I am complicated
I am a mess
I am twisty

I am not perfect

Do you hate me for who I am?






T_T

p/s: imy

Regards

Salam Merdeka 53

Salam



Hari ni Malaysia dah menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 dah. So, of course la penuh blog-blog org len pun tulis pasal merdeka-merdeka ni kan. haha. Saya tamo kalah la. Nak tulis gak! Ramai yang berpendapat kita ni masih belum merdeka dan segala. Banyak la pendapat diorg ni pasal apekah makna sebenar kemerdekaan itu sendiri. Bagi saya, btol la tu ape diorg sume tu ckp.

Tapi utk saya pulak, sebab mak saya pun Cikgu Sejarah kan, saya just rasa bersyukur la Malaysia dah tayah berperang and gado-gado dengan orang lain untuk rakyatnya hidup aman and damai. Saya just rase benci j dengan orang-orang mengong yg cube nk huru-harakan negara demi kepentingan diorg sendiri. Yang cube untuk musnahkan kemerdekaan Malaysia dengan kutok-kutok Malaysia sana sini. Haih. Org-org ni tak pikiaq ke?

Dulu sy ingt lagi cite nenek saya camne hidup die time zaman Jepun. Time British memerintah. Macam mana seksanya hidup time dijajah. Terpaksa menjadi hamba kat tanah sendiri. Diseksa, dianiaya sesuka hati. Setakat tembak-tembak pakai senapang bunuh org kat kampung cm hal biase je. Mcm kita maen bunga api time raya. Makanan pun takde. Kalo nasib baik, dapatla mkn ubi kayu. Kalau nk hidup, kne nyorok. Kene pandai lari-lari. Sembunyi-sembunyi. 

Tgk cam skarang. Kite tayah pun buat cmtu. Makan senang je. Hidup pun senang. Ade kipas, air-cond kat umah kalo panas, baju pun byk je pilihan. Nak cri keje pun masih byk lagi peluang. Ape je lah yg kurang kan. Jadi, lg baiklah kalo kite sujud syukur jugak sbb masih lagi sempat nikmati keamanan hidup di negara Malaysia ni.

Regards.

Monday, August 30, 2010

ape laki kene tau pasal perempuan

Salam


Hari ni rase boring. Rasa tak berselera nak tulis benda-benda serius (macamla selame ni tulis dengan serius). Ngahaha. So, tibalah masanya untuk saya merepek dengan  jayanya. Jangan bosan la yek. Dalam mencecah 21 tahun saya hidup kat dunia ni, tak dinafikan hidup saya memang alwiz ditemani dengan laki yang digelar BF. Eheh. Jangan panggil saya poyo ye. Tapi boleh lah kate smenjak sekolah menengah ni, mmg tak penah lagi single. Jadi, banyak la pemerhatian yg saya da buat pasal spesies yang name nye lelaki ni. Pengalaman pun dah banyak jugaklah. haih. Ayat nak poyo je kan. Haha. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnye banyak benda yang laki tak berapa nak faham pasal perempuan ni. Jadi, kepada kaum-kaum Adam, tak kiralah yang single, engaged, married, it's complicated atau in an open relationship, semua dijemput membaca. Bukan ape, penting memahami perempuan ni. Barulah tak pening kepala layan kami-kami yang kononnya kompleks ni. Haha.
Apa Lelaki Kene Tau Pasal Perempuan
1. Perempuan sangat mudah jatuh hati pada lelaki yang amek berat tentang mereka and layan diorg baik-baik. Ni memang tip top ciri-ciri lelaki idaman untuk semua perempuan la. Sape yang tak suka kan bila bosan-bosan tibe-tibe dapat message 'tgh buat ape tu?' then siap bagi nasihat lagi 'jangan lupa nak makan ye'. Even bunyi cam gedik gila, tipula kalau ada yang tak suka and menyampah kalau ada laki yang buat diorang mcm ni. Unless kalau lelaki tu mmg jenis annoying gila and perempuan tu mmg dah blacklist awal-awal. hoho. Tu macam susah la nak applicable dengan fakta ni.

2. Perempuan suke gile ngan suprise. Dari bagi hadiah-hadiah romantik macam bunga, kad ucapan sampailah bagi suprise dengan tibe-tibe datang rumah yang lebih 100 km, perempuan esp macam saye ni mmg sangat terharu lah. Automatic rase diri ni macam disayangi gila and segala masalah gaduh-gaduh hilang macam tu je. Hoho

3. Perempuan sangat benci gila dengan lelaki yang berbaik-baik dengan diorang semata-mata nak tackle kawan baik diorang yang cantik and hot tu. Hello. Kalau gentleman gi truslah direct kat kawan hot tu kan senang. Tak payah kami ni susah-susah nak perasan and tahan perasaan dengan lelaki camni. Huhu

4. You have to know that even dengan satu ucapan 'Hi' dari orang yang kami sukai dah boleh menceriakan kami sepanjang hari. Sounds cliche? hehe. Tapi tu fact kot. Seriously.

5. Kalau sorang perempuan bagi seribu satu alasan kenapa dia tak nak keluar dengan seseorang lelaki tu. Satu je nasihat saya. "Give up je lah". Memang dia dah tak nak tu. Kalau dia nak, memang dia cakap dah dia nak. Biasanya perempuan camni dah ada dah orang yang diorang suka. Tapi kalau nak cuba gak nasib and nak tunggu lagi. Dipersilakan je. Hehe. Bak kata orang, "hati perempuan ni macam kerak nasi. Memang lah keras. Tapi bila dah lalukan dengan air banyak-banyak, lembut jugak nanti."

6. Ni penting. Satu je senyuman daripada lelaki dah mampu mencuit hati kecil seorang perempuan. haha. Ni betul ok. Even kalau lelaki tu tak pernah die suka pun, tapi bila laki tu senyum je (biasanya senyuman ikhlas la) boleh gak mencairkan hati-hati perempuan ni. So, beware ok. Jangan suka-suka senyum dengan sume perempuan tanpa sebab. Boleh salah faham nanti.

7. Kalau seorang perempuan dah suka and jatuh hati pada seorang lelaki, lelaki tu akan alwiz dalam kepala die even time die keluar dengan lelaki lain. Tapi takkan dia nak cakap kan. Ni based on experience gak. Sebab dulu pun penah keluar dengan lelaki lain even dah ade bf (ni time mengong2 ok). Memang tak konsentret langsung dengan laki depan mata tu. Dok dalam kepala pikir psl orang lain. haha. Sorilah incik.

8.Kalau perempuan tu menangis. Makna nya die tengah sedih lah tu. Ni obvious kan? Tapi at the same time dia mengharap sangat lelaki ni memujuk dia or at least bagi kata-kata semangat. Memang terus happy la and tak jadi nanges esp bila laki yang disayangi memujuk dengan lembut. Hehe

9. Kene ingat. Jangan sekali-kali gtau perempuan yang diorang ni tak guna. Ni sangat meruntun jiwa ok. Even kalau tak bermaksud pun tapi ungkapan tu seolah-olah cakap " heh. ko memang tak guna and aku tak perlukan ko. So. ko boleh blah" Ganas tak? haha.

10. Satu je benda yang diharapkan oleh semua perempuan dari seorang laki. Ni applicable tak kira umur, bangsa and kaler kulit. Semua perempuan hanya mengharapkn perasaan disayangi and dicintai sepenuh jiwa oleh seorang lelaki.  Betul tak kawan-kawanku? hehe

Ok.

Banyak dah ni melalut. Penat dah ni perah otak nak senaraikan satu-satu. Selamat berseronok membaca. Harapnya seronok lah ye

p/s: nak sambung buat kuih raya. gatal sungguh tangan nak update blog. haha

Sunday, August 29, 2010

kes sombong

Salam

Tah tetibe teringat. Dulu ramai kata saya sombong. Haha. Saya tak tahu nk cakap ape. Mungkin lah kot. Saya bukannye reti sangat nak borak-borak melalut dengan orang baru kenal. Ape lagi bergosip. Saya tau dengar je. Tak pena nak cakap apa-apa. Nak judge orang whether die couple dengan org yang sesuai ke x pun, saya mcm xde perasaan nak komen. Haha. It's just not me to berborak-borak berjam-jam. Even kalau dalam satu group yang tengah seronok bercerite, of coz saya akan jadi as pendengar yang setia je. Hehe. So, dalam erti kata lain. Paling-paling pun saya akan senyum je. Malas nak cakap-cakap. Apa lagi jerit-jerit. Tak pernah rasanya dalam blok time kat asrama dulu jerit-jerit panggil orang. Huhu. So, somehow, orang ade kate saya sombong sebab tak bercakap-cakap sangat. 

Pastu, kalau ngan laki, bila laki pandang-pandang or panggil-panggil masa ngah jalan-jalan (bukan kat skola ok), of course la kne wat bodo kan. Takkan nak layan. So, lagi sekali orang panggil saya sombong. Bila ada laki ym dok buzz buzz atau msg kat fb, saya lagi skali malas layan kalau tak penting. Oh. Kene sombong lagi. 

Ok lah. Saya sombong lah kot. Tapi kalau orang tu setia ngan saya and memang sincere utk kawan ngn sy without niat yang tak baik. Saya sangat TERHARUUU..!! Saya nak sangat ada kawan-kawan yang sudi bersusah senang dengan saya.

And kepada BFF saya sekarang: Che Izzat, Sue, Saffa, Lyn, kak Yan, Rifqi, Farah Hazirah, Hanis, Izzaty, Nazam, Ulil, Emira, housemate saya, kakak2 usrah and allz. TQ banyak-banyak sebab alwiz ada dengan saya. Hehe. SAYANG KAMU SUMERR. Me ain't sombong kan bila da kenal? :p

Regards


Saturday, August 28, 2010

kuih semperit

Salam

Hari ni buat kuih semperit. Kick-start untuk buat kuih memang kuih ni la setiap tahun. Sebab senang and simple je nak buat. Hehe. Tapi kan. Ade satu kepelikan yang berlaku hari ni. Ade orang kata adik die buat kuih semperit bentuknya cenggini. Yeke?? Lihat gambar di bawah;



Setahu saya kuih ni kuih dahlia. Semperit yang saya buat bentuknya camni:


gambar contoh. amek kat google je

Saya keliru sekarang. Huhu. So, apa pandangan anda semua. Memang kuih semperit ade banyak bentuk ke? Saya ingat ada satu je?

p/s: Sambung buat kuih lagi esok. ;)

If any of you guys want the recipe, here is the link klik mee!

facebook

Salam



Pagi ni bangun-bangun je bukak blog. Then try application baru "Find me on Facebook". Oh. Berfungsi rupanya. Kalau ade yg try pagi tadi. Mesti dapat bukak profile seorang manusia berjantinakan lelaki. Tapi saya obviously bukan lelaki ye. Saya perempuan. So, for the sake of blog, saya pun re-activate balik fb sy. So, siapa yang drop by. Silalah add saya di fb jugak ye. 

Tapi, as usual. Setiap kali bukak fb pun rase sakit hati. Rasa macam berkali-kali ditikam belakang. Rasa ditipu lagi sekali. Rasa sedih. Rasa marah. Rasa macam tak dihargai. Jangan risau. Ada satu je punca yang boleh buat saya rasa camni. Kepada pembaca yang rasa-rasa tak berkenaan, tak perlulah rasa apa-apa ye. Hehe. Tapi nak buat camne. Saya pasrah. Saya tak redha sangat tapi pasrah. Ada beza ye antara redha and pasrah. Bukan saya boleh kawal sesiapa pun. Bukan saya boleh arahkan sesiapa pun sama ada seseorang tu perlu layan saya dengan baik or tak. 

Apa-apa pun. Saya hanya perlu berdoa and tawakal. Semoga saya akan jumpa jugak insan terbaik yang mampu hilangkan rasa-rasa jahat tadi tu. Amin. 

Last but not least, quote for the day;

"We choose those we like; with those we love, we have no say in the matter."
  ~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960

Regards

p/s: tgh bersungguh nak buat kuih raye ni. 

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts