Tuesday, April 6, 2010

Buenos Dias : Good Morning




Salam. Buenos Dias!
Pagi ini dengan keadaan yang sangat mamai, saya bersiap-siap untuk mengemas beg dan mandi. After mandi, konon-konon macam malas nak makan breakfast tapi bile tengok ada nasi goreng housemate masak terhidang wangi dengan asap kepul-kepul atas meja, terus rasa lapar. Buat hot choc (macam biasa sebab tak minum nescafee, coffee and tak minat teh), dan amek la sesenduk nasi goreng. Sedap la jugak setelah beberapa hari tak makan nasi. Malas gila nak masak nasi bile takde sape-sape kat rumah. Sape setuju? Sure ramai je. Huhu.
Hari ni kene naik Megabus untuk pergi London. Aaaaa.. Nightmare lama akan berulang. Tah sejak bila tah saya ada motion sickness gedik ni sampai setiap kali naik bas mesti pening and nak muntah. Benci benci benci. Lembik gila saya ni. Bak kata Saffa, “ayam gila ko ni efi”. Thank you Saffa mengingatkan saya pasal ayam. Yes. Makan ayam memang sedap. Tapi saya tak nak gemok macam ayam. Haha. Tak de kene mengena di sini ye. Ni tulis ni pun dalam bas la. Sebab bosan tak tau nak buat ape. Mesti tertanya “Aik, tak pening ke typing dalam bas?”. Owh kurang lah sikit peningnya sebab Ainol Suraya Ismail housemate saya dah bagi saya telan pil mabuk aka pil tidur. Berkesan jugak lah untuk memengsankan saya selama 3 jam tanpa sedar sampai sakit tengkuk dibuatnya. Yelah. Tidur atas bas memang sakit tengkuk kan. Kepala ke kiri ke kanan macam apa je. Nasib baik minah salleh sebelah saya ni tidur tak berdengkur macam orang belakang saya. Orang belakang membantutkan semangat saya tidur. Hoho. Harap saya tidur pun tak berdengkur lah. Wek. Kalau tak mesti menganggu orang lain nak tidur jugak.
Wah. Kalau buat entry lepas ni pasal tidur pun seronok jugak ye. Ok lah. Bila saya dah sampai London saya update lagi ye. Tu pun kalau rajin la nak menulis lagi.

Monday, April 5, 2010

1234 you

Dear you-know-who-you-are,

These are the moments that I surely miss the most when I go abroad. Sorry for going without your fully-hearted bless.

1. I would miss your smell. You know you got your own smell right. I know you will never ever trust me. Wek. Well, it's not that bad okay. As a matter of fact, the smell is very pleasant and addictive. Sniff sniff. Sorry.

2. I would miss studying with you in the library. Well. I know its holidays and it is a no-book-please period but it's not wrong to miss the moments aite? :)

3. I would miss seeing you with your iphone. Certainly it annoys me to see you playing with your phone; checking e-maill, messages, facebook, e-bay, etc, when you are with me but it is fun though to see you doing that. It is endearing.

4. I would miss waking you up in the morning and wishing you good night before I sleep everyday. Yes. I would really really really miss this. I never care and get bored that you never woke up everytime I rang you every morning. Sometimes I pissed off because you are such a sleepyhead. Even worse than me ok (a Snorlax) ! But it's fun to have somebody to mess up with. Haha

5. I would miss walking with you everyday. We walk together like e-v-e-r-y-d-a-y. I would miss that.

This is for now.

I hope you would always remember me in every prayer of yours.

5 : Five

Dah tinggalkan KMB 6 bulan. Rasa rindu. Sob

5 benda yang rindu nak buat lagi:

  1. Lepak. Pergi bilik orang lain. Melepak. Amik makanan DS. Melepak. Tengok movie. Melepak. Pergi bilik TV. Melepak. Order Rasyid. Melepak. Study. Melepak. Balik dari Alamanda. Melepak. Waaaa... rindu nak Melepak lagi.
  2. Habiskan masa kat fitting room Nichii Alamanda. Try sume dress yang ada. Camwhore banyak-banyak. Bagi balik dress tu kat staff dia yang mesti bengang xde satu pun yang kitorang beli.
  3. Amik dinner kat DS. Tengok drama petang-petang kat bilik TV. Dengar orang bising-bising jadi director drama. Ahh..Rindu sume tuh.
  4. Tidur dalam kelas. Almost semua kelas especially kelas Math cikgu Khuzaimi. Mintak maaf lah ye cikgu.
  5. Makan nasi lemak. Ye. Nasi lemak pagi beli kat cafe. Nasi lemak petang beli di Koop. Nasi lemak malam beli dari makcik wakaf. Nasi lemak weekend dekat makcik wakaf jugak. huhu.

Yang pasti rindu dekat orang-orang KMB. Bukan pada IB.

p/s: ajakla adik2 masuk KMB.

She Sings Colours

She sings in glaring colours. In violent colours. Colours of Gore. Colours of today and yesterday. Dreamy Colours. Colours that paint nightmares and barren landscapes. She haunts yesterday’s reefs and ridges with redness. Zakes Mda. The heart of redness.

Mda, 2000.p 312

Hola Hola Spain

Salam
Esok. Panjang langkah saya. Dari Leeds bertolak ke London untuk kejar flight ke Madrid, Spain. Demikian di bawah ialah itinerary penuh perjalanan saya:
Dari Leeds ke London menaiki Megabus:
Megabus Journey information:
Tue 06 April 2010
Leeds, Kirkgate Stand K14 to London, Victoria Coach Station
09:20 Depart Leeds, Kirkgate Stand K14
14:00 Arrive London, Victoria Coach Station
Dari London ke Airport Gatwick menaiki Easybus,
Date: 07/04/2010
Depart: CENTRAL/WEST LONDON Fulham Broadway
Time: 17:55
Date: 07/04/2010
Arrive: GATWICK AIRPORT NORTH Gatwick Apt North
Time: 19:20
Dari London ke Madrid menaiki Ryan Air
From London Gatwick(LGW) to Madrid(MAD)
Wed, 07/April/2010 Flight 5372
Depart LGW at 2105 and arrive MAD at 0020
Perjalanan Balik
Dari Madrid ke London menaiki Ryan Air
From Madrid(MAD) to London Gatwick (LGW)
Wed, 14/April/2010 Flight 5371 Depart MAD at 1925 and arrive LGW at 2035
Dari Airport ke Central London menaiki Easybus
Date: 14/04/2010
Depart: GATWICK AIRPORT NORTH Gatwick Apt North
Time: 22:05
Date: 14/04/2010
Arrive: CENTRAL/WEST LONDON Fulham Broadway
Time: 23:10
Dari London ke Leeds menaiki Megabus (Yay!! Balik rumah)
Megabus Journey information:
Thu 15 April 2010
London, Victoria Coach Station to Leeds, Kirkgate Stand K14
08:00 Depart London, Victoria Coach Station
12:15 Arrive Leeds, Kirkgate Stand K14
Phew. Nak menulis itinerary perjalanan pun dah penat. Belum lagi nak berjalan betul-betul. Doakanlah saya selamat sejahtera je ikut trip rumah saya ni.
Sekian
p/s: tolong packing? Dalam hati rasa serious malas nak jalan lagi. Rasa nak perap badan kat bilik je. Sigh.

Tidal Wave

Salam

So, what is the meaning of tidal wave? Adakah:
  • an unusual (and often destructive) rise of water along the seashore caused by a storm or a combination of wind and high tide? or
  • a wave resulting from the periodic flow of the tides that is caused by the gravitational attraction of the moon and sun? or
  • The Tidal Wave is a boat-based amusement ride at the Six Flags St. Louis amusement park? (ada pulak kat fun-fair ye)
All of the above is correct, but the one that I want to discuss in this post is the tidal wave that can be define as an overwhelming manifestation of some emotion or phenomenon.

What's that? haha. (masuk part bahasa Melayu pulak)

Dengan kata lainnya 'tidal wave' ialah satu perasaan atau fenomena yang agak melampau untuk suatu ketika. Pelbagai perasaan boleh kita rasai pada masa itu. Manifestasi emosi adalah sangat hebat di mana kadangkala subjek yang mengalaminya boleh lemas dan tenggelam dengan perasaannya sendiri. (Hiperbola tak ayat?)

Kebiasaannya, tidal wave of emotion ini datang bergolek-golek dalam hidup seseorang tanpa dijemput dan diundang. Ye lah. Siapa yang nak perasaan kabut dalam hati kan? Dan kadang-kadang, seseorang itu memang sudah dilahirkan dengan perasaan tidal wave itu. Was-was, ragu-ragu adalah antaranya. Memang sedih la bila orang itu dilahirkan dengan tidal wave. (sedih kot! nak happy atau nak sedih pon kadang-kadang orang itu boleh confuse nak yang mana satu)

Untuk yang datang golek-golek atau melayang-layang dalam diri seseorang itu, biasanya adalah berpunca daripada onak duri yang sekali lagi tiba-tiba datang tanpa diundang. (Inilah hidup. Banyak betul yang datang tak diundang. Sebab itulah kita perlu "Expect the Unexpected" and bak kata Adidas "Impossible is Nothing") Haha. Saya perlu gelak di sini untuk mengurangkan keseriusan ayat saya. Berbalik kepada tajuk utama, ya,secara psikologinya, manusia memang mudah dibawa dengan perasaan. Cuba bayangkan apabila benda yang kita sangat sayang diambil atau dicuri oleh orang lain. Kita pasti sangat marah, benci, hampa, kecewa, lost dan sebagainya. Dan itulah yang kita namakan sebagai tidal wave. Secara personal, ya, saya juga selalu dilanda tidal wave. Terutama apabila saya berasa tidak yakin dengan diri saya sendiri. Saya tak yakin sama ada saya mampu atau tidak untuk memiliki sesuatu yang saya benar-benar mahukan. Ini adalah kerana saya tahu walaupun saya berusaha, tapi tak semestinya saya pasti akan mendapatnya. Patheticnye ayat. Hoho. Tapi saya tahu, bukan saya sorang saja yang ada masalah ini. Rasanya boleh dikatakan semua orang ada. Cuma tahap serius tak serius orang itu je lah yang membezakannya.

(Contoh lain case tidal wave) Mr X: Dia seorang yang sangat mudah berubah perasaan. Dia boleh berubah daripada sangat happy kepada sangat dingin dalam sekelip mata.Memang pelik tapi benar. Malahan dalam sekelip mata juga dia boleh jadi sangat baik dan lemah lembut dan in the next minute; tinggikan suara memarahi orang lain.

Untuk orang yang memang dilahirkan dengan tidal wave pula. Entah. Saya tidak pasti akan perkara ini. Tapi saya pernah dengarlah cerita kawan saya ni. Dia kata dia memang ada masalah emosi. Dia juga kata tidal wave ni runs in dia nya family;ni menurut doktor psikiatri dia lah. Mungkin ada kebenaran di situ. Haa...nak bagi contoh lagi, meroyan itu tidal wave jugak. Hehe...

Rasanya setakat ni saja saya nak discuss pasal tidal wave. Banyak lagi yang bole nk mengarut-ngarut lagi tapi disebabkan masa makin suntuk...Nanti lah ye.

p/s: tidal wave club. anyone?






Sunday, April 4, 2010

Comeback Mission

Salam

After a really long break, akhirnya sampai juga seru untuk menyambung menulis bende2 blog ni. Actually, bukan reti sangat nak mengarut banyak2 ni. Tapi memandangkan orang2 terdekat sudah mula melihat sarang labah-labah, ular, tikus dan sebagainya di blog ni, maka suatu tindakan tegas perlu dilaksanakan. Dengan itu, bermulalah paksaan dalam kerelaan untuk menulis kembali. Walau bagaimanapun, terima kasih banyak-banyak kepada cik Fazdlin dari Galway yang banyak menyedarkan saya bahawa blog ini perlu dikejutkan dari tidurnya yang lama. (THANX LinC!*Ikhlas ni)

Untuk memastikan bahawa kelangsungan jangka hayat blog ini terus panjang dan bernafas dengan sempurna, saya perlukan juga sokongan rakan-rakan tersayang saya yang terdekat untuk mengingatkan saya;Saffa, Yan, Emi, Lin, Sue, Farah, dan yang paling utama, my BFF *you know who you are.

Dengan ini, saya dengan rasa berbangga merasmikan post pertama saya setelah sekian lama. Terima kasih

p/s: Apakah maksud p/s ini?

Recent Comments

Introduction

Pages - Menu

Recent Posts

Popular Posts